Sewaan barang

24 May 2012

KOREA : layan gambar sampai mata berdarah

Harini aku terajin pulak nak mengemaskini folder gambar2 kat korea
hamek kau..23 sub folder..47GB....... %^&**&^%$#
jadi dah alang2 connect harddisk nih..tereksaited nak up gambar..
bagi feeling nak tinggal kan korea tu syahdu sikit
asek hepi je kira hari nak balik mesia ngehngeh..7 hari lagi woohoo
setiap hari ada xtvt yang menggunakan ayat

"before u go back to your country...lets__________ together"

sila isi tempat kosong dengan perkataan seperti makan, ronggeng, jalan2
aktiviti yang memang aku enjoy ngeh2. dahlah next week isnin cuti, jumaat mencutikan diri
hari2 ada date makan makan..lagi menambah perasa, prof aku macam dah taknak bagi keje je kt aku..
so keje aku ialah menyiapkan draft tesis dan meronggeng je..oh indahnyaaa~
bagi can laa indah sekarang sebab balik nanti kehidupan sangat terkejar kejar
dibarat seperti keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. kalau taktau guna peribahasa, jangan guna (--")

mari tengok gambar ikot folder (fuhhh!)

folder 1
birtday parteyhh..merasa lah sambut harijadi di korea. I'm officially 24!!
celebrate dalam bilik je maka tak pakai tudung

maka takda can la nk tgk floormate aku yang sekseyhh kehkeh
tengkiu to maisa. eh KAK maisa kerna menganjurkan parti kek
merasa jugak tiup lilin kurus panjang. feeling2 dalam citer korea gitu :')

folder 2
aksi aksi jakun masuk 4dx cinema tak harus dipertontonkan tatapan umum
tapi 4dx memang osem! di awal cerita sepatutnya serius bila babak kena tembak bunuh bunuh, 
tapi kami gelak sebab effect angin, kosi suma macam lawak
walapun avengers org kata best, tapi tengah2 tu aku tertido..rugi je bayar tiket 50 hengget
tapi...akhir memang best!
sebab bila banyak action, banyak lah movement, siap sembur2 air. OHSEM!!

folder 3
first time men eskating
rasa macam dikurniakan bakat plak main benda nih kah kah

 folder 4
GIC Tour. dari kiri- malaysia, japan, china, japan, malaysia, india
Tour ni dianjurkan by Gwangju international centre
ni group aku. group 5. mereka osem!

folder 5
gwangju natioanl museum, gwangju folk museum, gwangju art museum

folder 6
dalam satu malam, 3 tempat kami pergi
accapella dia memang best!!tapi aku lupa bawak tiket, tepaksa beli tiket baru (T__T)
lepas concert acappela, teman si assel beli sagua
jumpa budak2 rusia tuh tengah jalan, boleh plak kena hasut pergi norebang
botol2 atas meja bukan sekadar hiasan..memang alcohol. tapi ai tak minum lerr
otw balik main besbol pulak..ish ish..lagho sangat

folder 7
limited edition punya picture
aku tengok banyak kali pun gelak guling2 hahahaha
berani mati pergi busan tak bawak baju sejuk, bila malam terus kejung

dah la sejuk, mabuk laut pulak. baru tau rupanya aku mabuk laut
lalu duduk diam diam

dan terus terkilan sebab takda gambar esperti ini (T__T)



aku rasa macam dah 20 folder rupanya baru 7 folder..*pengsan*
tak mampu nak menghabiskan folder2 nih
nak kena catch up bus ke baseball match. weeehu..tata titi tutu~
tak pernah tengok besol. orang bagi tiket free.kita layankan je











No comments:

Post a Comment

terima kasih daun kelapa