Sewaan barang

18 June 2012

Malaysia here I am!!

malam hening ni aku tak dapat tido kerana keterlebihan tidur di siang hari yang disengajakan

tiba-tiba nak shout dekat wall  mukabuku "benda paling rindu di korea ialah kelajuan internet yang ohsem"..sebab kalo kat korea boleh tengok muvi dikalab bosan seperti saat ini.......tapi tak jadi..sebelum dihina dan dicerca oleh kawan yang berhati mulia hahaha..ok dihina itu hiperbola sgt. dicerca mungkin. post status seperti itu umpama membuka peluang untuk dicerca...apatahlagi jika diceritakan keadaan seperti dibawah ini

jejak je kaki di Malaysia, feeling korea sangat bila pakai sweater keluar kapal kan..bahang die fuhh..3 bulan je pun tapi kulit menjadi manja. nak angin sejuk sejuk je tiup. kena bahang khatulistiwa terus berpeluh peluh. tapi kini tidak lagi. after 2 weeks Alhamdulillah kulit jadi normal balik :')

aku dah terbiasa mengutuk mengata berkata sesuatu tentang orang tu bila orang tu ada depan mata. sapa paham melayu kt korea kn? itu memang best! haha. kalau pakcik tu stare kat kitorang selamba aku cakap kat maisa weh maisak pakcitu tu pandang lama kat kita. sudah sudahlah pakcik makcik. kami bukan makhluk asing (depa paham maksud alien jadi guna pekataan makhluk asing depa tak paham kih kih). terus melayu kami melayu penuh bila nak mangata.kalau tak salu je mix2 words omputeh. sekali habit tu takleh buang selamba kata "eh budak tu feeling orangputeh bergaya sakan naik kapal terbang. beg dia pakai tu mesti beli kt artbox. siap beli poster k-pop takleh blah betol". orang tu melayu kot jumpa kat incheon. selamba badak kata gitu depan dia kan.haha.ehh kenapa selamba badak eh???

*eh adik kt sebelah tengah tido ni aku kentut masa tido kahkah

keesokan hari setelah sampai di Malaysia, aku mengheret saleh mok ke mid valley untuk melntak takotao.eh sebenarnye die yang mengheret aku ke wah chan mid valey kehkeh. maka aku heret balik ke sam sam korean food the garden untuk membalas dendam. apakaumengarutnihh. tak tak. ceritanya aku berjanji nak bagi die rasa kesedapan teokkboki setelah brag habis kesedapan tteokbokki kat die tru skype harituh hehe..so aku bawaklah kat korean food stall the garden lalu mengorder tteokbokki. boleh tak aku nak bayar pakai korean won?over kau kan

google source. tteokbokki ~2500krw

bila jalan2 sekeliling mid..aku nampak macam semua murah.gila kau farah si kedekut rasa barang adalah murah sangat tak normal. biasanya aku lah paling kedekut nak belnja. kalini aku boleh jalan2 berenti, pegang baju 5 min, terus bayar. itu bukan aku. aiskrim baskin robin yang aku rasa mahal gila nak mam*** tu aku rasa eh tak lah mahal sangat. 4000krw je. wah wah..otak ni dah mengalami kecelaruan nilai matawang..bukan matawang je..waktu solat pun salu terkeliru. yela..sana siang lagi panjang dari malam. itu baru negara yang sejam je perbezaan. kalau 8 jam beza?gila sekejap.haha. nasib baik tak puasa kat korea, kalo tak terus kurus keding

then balik kampung pulak keesokan harinya. amazing!aku tak pakai selimut malam2 time tido!. BYE BLANKET. selalunya aku lah tergigil beselubung dengan telekung(selimut je tak cukup). makcik lalu tekejut tengok benda putih baring baring haha

minggu depannya.. aku pun pergi ukm secara biasa..pagi2 datang terjumpa akak FTIR, kak syawal kt foyer bangunan kimia. borak2 jap..aku bangun..pergi turn on aircond. TANPA DISEDARI aku turn on aircond. dulu akulah selalu sound orang suh tutup aircond tuh. alih alih, aku yang kena sound dgn kak syawal "orang tu panas ke??" he he maaf kalau terpoyo habis kak syawal eh

masa berborak dekat surau, member nih pulun lah cerita kisah die. lalu aku bertanya "wae-o?". memang mintak cercaan lah tanya begitu..TER ok TER

tapi lepas 2 minggu Alhamdulillah..semua back to normal except 1 benda nih..aku si pencinta ayam goreng mengesahkan bahawa aku dah keluar dari group pencinta ayam goreng. tak tau nape....!!!macam ada penolakan dari badan. tengok KFC sebelah mata je sekarang. pergi kfc nak tart telor ngan cheesy wedges je. aku lebih memilih daging dan ikan. saleh mok kata itu perkembangan baik, sebab die suka daging. senang katanya. aku masih tak faham ape yang senangnye?

sumber google
namun, tempe goreng setia murni tetap menjadi pojaan
hari hari mendaki bukit KIY(cafe kolej ukm) untuk makan ini



tapi serius, aku rindu life kat korea yang relax..tenang..tiap2 minggu jalan2..kat sini hari2 bz..sampai aku lupa nak main sims seminggu maka terlepas satu quest. ciss!

ok lah. moh ler tido.esok hari tuff!

2 comments:

  1. haha lawak la entry farahain ni.
    mesti enjoy gila kan g korea?
    perubahan cuaca kat kulit sudah semestinyaaa pas balik daripada negara time winter/spring.
    wiwu teringat dulu kulit habis tak rentung mulus dah pas seminggu ada kat msia balik dari jepun T_T

    yeah.
    rindu jepun sebab tenet yang ohsem!
    terasa nak pergi tp bukan as a student.
    nak jenjalan tapiiiii tak reti cakap bahasa jepun wakaka.

    good luck in ur study :)

    ReplyDelete
  2. hahahha...bru pegi 3bulan...nt belanja aku teokboki ek..

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa