Sewaan barang

06 March 2013

braces

Bila tengok blog, baru terasa macam 'lamanya tak menulis'. Actually aku dalam proses hibernasi. bukan beruang kutub je boleh hibernate. manusi bila tengah down apa pun malas buat. aku macam hilang arah tuju hidup. aku bangun, tengok planner, buat je apa dah termaktub dalam planner tanpa hati dan perasaan. aku rela jadi invisible. macam nak cakap kt semua orang 'people pls dont talk to me. im not in a good mood' tapi takboleh. kita kena bercakap. jadi sebab menulis blog takde dalam planner, i totally forgot. even nak bergembira pn aku macam lupa. baru baru ni aku update pasal dulang hantaran cos nampak sangat i need extra money. bukan masalah duit je, lab, hubungan dengan manusia, hati perasaan, kehendak, kesihatan..semua down. apa masalah? haruslah aku tanam dalam hati kannnn..

tapi aku bersyukur. sebab semua masalah ni turun lalu mendekatkan aku dengan Allah.  Lumrah manusia bila susah baru kita ingat

"tajuk braces oiiiii"

hehe. baikkk

Sejak pakai braces memang banyak soalan aku terima. best ke? tak sakit ke? macam mana buat? berapa harga? kt mana? dr tu bertauliah tak??

ok

Apa korang perlu tau bila nak pakai braces?

first NIAT nak pakai braces tu kenapa
kedua DUIT ada ke?

niat nak pakai braces sejak form 3. ye rakan taulan, amek masa 10 tahun baru boleh pakai. (sedihhhh nya lah kau ni..)..kalau duit n niat dah on ko pakai jela sakit tak sakit belakang kira haha. niat aku nak pakai adalah sebab memang low confident walaupun banyak kali menaikkan level confident, tapi ada masanya confident tu down jugak.. sebab orang adalah sangat menghina gigi aku yang berterabur ni. muka dah tak semenggah, gigi pulak lari..omg..bukan lah aku kata lepas pakai braces muka trus jadi lee hyo ri kann


eh, sebut2 nama i kenapa?

Jadi lepas aku tetapkan niat di hati, duit pon mengizinkan..barulah boleh proceed. aku kan cheapskate sebab duit bukannya banyak, haruslah mencari klinik gigi yang murah lagi dekat..

range bracess kt bangi adalah rm5000-7000. aku pon give up nak buat sebab tu tak masuk cabut gigi, retainer lagi..maka aku pon menerima hakikat gigi adelah begini sampai tua. lagipon ada je orang masuk meminang. ape aku kisah pasal gigi??cewah gitu monolog diri time tu kannn

sekali masa balik dari korea, a week after that aku gugel klinik gigi mana nak buat then menonong g klinik gigi buat braces. terus buat braces. eh?? hahaha..aku gelak sorang dalam kerta rasa tapecayaaa. ok here the kronologi

PROSES
jumpa doktor untuk consult price, berapa tahun nak pakai, kena cabut berapa gigi > xray gigi > pakai braces sebulan > cabut gigi 2 batang > dua minggu kemudian 2 batang gigi lagi > tukar getah each month > pakai retainer

dalam kes aku, kena cabut 4 batang gigi. aku dah cakap jangan pk sakit ke tak. aku tak cabut gigi dulu, aku pakai trus, dr kata nak bagi lembut gusi. siap dia bagi ubat tahan sakit which i think tak perlu sebab serius tak sakit. tapi hari kedua aku rasa gatal, sakit tu tak lah sangat. sampai sekarang aku kena bahan hari first pakai braces makan ayam goreng. yes. kesakitan tu ikot tahap penerimaan individu. aku ni bangsa tahan sakit kot. cuma kena pkai wax strip. sebab gigi taring aku kan gigi raja besiung

tips takmau bagi ulser ialah minum air 2L sehari. serius gusi aku luka kot macam kena toreh pisau tapi tak jadi ulser and sejarah pakai braces setaun ni tak pernah kena ulser

how about PRICE?
Depend kt harga doktor bagi cane. pergi tanya dr ye. Macam aku, memula xray..rm160 tak silap. kemudian duit pendahuluan rm1500 and kemudian every month rm100 untuk 2 tahun. cuba korang kira rm4000 je kan??ngeh ngeh ni je lah klinik paling murah yang aku jumpa..kalau belakang umah aku ni rm6k. *pengsan*

TAHAP KESAKITAN
ada banyak tahap. semua depend to individu, macam aku, so-so jela. taklah sakit sangat. cuma rasa tegang je

1st pakai besi - hari pertama takde rasa sakit. rasa aneh je. weird mcm ada bendasing. hari kedua rasa nak cabut gigi letak sekejap kt atas meja sebab rs sengal berpanjangan. seminggu jugakla sengal ni. lepastu takde feeling dah

cabut gigi-masa kena cucuk je sakit sikit. masa cabut n lepas cabut takde sakit apa pun? propa betul sapa kata sakit tu ish ish

tukar getah-rasa tegang untuk 3 hari. lepastu takde feeling

*edit part. nak tambah niii. sebab baru pasang separator nih semalam.
separator- die macam regangkan antara gigi geraham belakang supaya move. sakit weii sakit bila makan jela.sebab gigi geraham tengah lemah. tapi aku still nk makan ayam. cuma time nak gigit tu macam manja manja sikit. the end, pilih ikan. senang hidup

yang kena makan bubur bagai tu aku tak sure nape tak boleh makan ayam goreng.sebab aku makan elok je  ok paham dah ngee. i can feel u teman braces!... cuma gigi depan tu lemah. biasala gusi tengah lembut. potong la ayam tu pakai tangan, carik carik baru suap and kunyah kt gigi geraham. gigi geraham kan sihat dan kuat..

lepastu aku tak berapa paham kenapa orang pilih sampai 4 kaler getah haha maaplah. aku pling max pkai 2 kaler itupon kaler selamat macam putih ngn baby blue. paham kaler selamat tu ape? sebab aku pernah gatal pakai warna hijau neon dari jauh macam gigi aku ada vegetable (-__-")

bila aku buka instagram kt screen hamek kau muka tak siap aku besa gedabak
screen hp kecik aku rasa muka aku kecik je??
nasiblah si follower. unfolo pon takpe ai tak sentap lah


*update  Aug 2013: Those who wanna know d location of klinik gigi 4k ini adalah seperti dibawah
(dengar cerita dari blooger dah jadi 5k sekarang? ce tanya doctor lah kot cane)

KLINIK GIGI SURIA
depan czip lee kajang, row atas CIMB bank

Boleh buka bracess 1st september ni yeyy! :)

update#
Last tukar getah. Masani nak kawen jadi pilih warna selamat

Right after buka braces
*ngee*

Kenapa tudung kau sama? HAHAHA







18 comments:

  1. keadaan kita sama cuma awak dah braces kita belum lagi. doakan kita pleaseeeeeee waaaaaaaaa sob sob sob

    ReplyDelete
  2. apa prob kak??hibernate tu..hahah..moga tabah yer..
    tajuk braces, komen pasal problem melanda..apa adahal..hahahah

    ReplyDelete
  3. hehe...kaler yg i plg jauh hijau n cokelat..xboleyyyy
    nk tye la...lepas cabot gg kan..tempoh mse lubang tuh nk ttp agk2 bpe lame ek? 2-3bln ade x? hehe

    ReplyDelete
  4. @aida jelita apakah yang sama?dilema? hehe just go for it

    @tika leh (eh nama bukan tuan cimot ke?) kena jumpa. rindu nk meluah kt ko wehh

    @bella chentaku lebih rasanya? ikot tahap kelembutan gusi. 6 bln confirm ttup dh kot..

    ReplyDelete
  5. tingin nak pakai .. mahal , takut hmm sakit :'(((((( gigi adik berterabur depan (atas) bawah (depan jugak) gusi bengkak depan (kecil) lg teruk dri kak ... :((( nk pakai

    ReplyDelete
  6. soalan ketegori bod** ni.. hehe

    kalau cabut gigi maknanya gigi tu xtumbuh dah? berlubang lah kat situ.. huhu ke cmna..

    ReplyDelete
  7. oren soya : sebab mahal kena buh dlm tabung ayam sejak skolah mnengah hehe. takpa byk masa nk menabung. muda lg kn?

    hana hadi: gigi tu mmg belubang, nnt die tarik gigi tu utk tutup lubang. dats y amek masa bertahun tu. tp mcm sy dlm setaun dh tutup semua lubang

    ReplyDelete
  8. hai, boleh saya tau tak kat mana klinik gigi tu?

    ReplyDelete
  9. Blh bgthu x kt mme klinik gg tu...murh da tu just 4k jea...sy tya kt ampang park 8k...mhal gle

    ReplyDelete
  10. Blh bgthu x kt mme klinik gg tu...murh da tu just 4k jea...sy tya kt ampang park 8k...mhal gle

    ReplyDelete
  11. Saya akn pakai hari Selasa ni.seram pon ade

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    nak kepastian... 4k tuh utk 2thn lah ek??
    so total cost 4k+1500+160
    ingatkan kene byar 4k mase 1st pemasangan tuh...

    ReplyDelete
  13. samalah..
    kte pon pakai braces dulu..
    after 1 bulan baru cabut 3 batang gigi atas sahaja..
    sebab plapis2 cam cake lapis kot..
    ni hari ke 4 bsama braces..
    xsakit cuma bibir ni xselesa je..

    ReplyDelete
  14. Syaza- klinik gg suria, kajang

    kucing comel - hehe gud luck

    gadis biasa- Rm160 (xray), Rm1500- deposit, bulan2 x kesah berapa asal cukupkan rm2500. total rawatan rm4000 = rm1500 + 2500. RM160 tu xray klinik lain

    umiey zahar- minum byk air utk elak ulcer. 1.5L sehari

    ReplyDelete
  15. psst...kite pun baru nak pasang..klinik yg same..costing around 5k katenye..downpayment 1.5k..xray mmg klinik area situ gak..

    ReplyDelete
  16. Khalisha - laa naik harga lagi eh? tula semua benda jadi mahal sekrang kan

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa