Sewaan barang

25 September 2013

Susu ibu mengandung

Heh dalam dilema memilih? Mari nak cerita berdasarkan fact

Berdasarkan kemahuan, siapa nak saja-saja telan susu? lagi nak bancuh bagai. How I wish ada susu ibu mengandung jual ready to drink punya. Tak perlu bancuh. Serius, bila pregnant hampir semua jadi malas. Bukan jadi malas, tenaga tu kurang sikit maka kita panggil rasa malas

So, kenapa tak suka kena minum? sudah gaharu cendana pula. cehhh. Mestila untuk bagi anak makan. Anak dalam perut makan bukan lah macam kita makan. Makan mangga sebijik sampai kat dia rupa mangga. masa kecik aku imagine camtu. HAHA. Jadi minum susu lah yang boleh bagi semua yang dia perlu. Baby tak perlu tutti fruitty, dominos pe benda suma tu. Itu mak baby yang nak tu. HAHA. Pandai salahkan baby ye. Oleh itu, susu mana yang memenuhi kriteria yang aku nak?

Masa awal2 beli susu, main taram amek anmum. Sebab malas nak go tru nutrition info satu2. Nak cepat. Anmum coklat lagi feeling2 dutch lady choc. MUAHAHA malangnya tidak. Tapi ok la. Lepastu week ke 8-9 aku mengalami muntah muntah yang boleh tahan teruk..

Jap kau pregnant ke farah??

Ye..Alhamdulillah. Minggu ni dah 10 weeks. Dah, tak payah nak amek kelendar nak kira HAHAHA memang agak cepat. Aku terima rezeki Allah bagi ALHAMDULILLAH~

Ok sambung, lepas mengalami fasa muntah2 tolak ubat doktor kasi (tapi lalu je makan), aku mula risau nutrient cukup ke tidak. Sebab doktor kasi supplement tapi badan aku tolak. Tolak bagaimana? Aku makan ubat pagi, aku sesah nasi ayam sayur coklat roti piza suma, yang muntah malam tu ubat semata. Folic acid, vit B, calcium. Semua aku luah balik, piza tak luah balik pulak MUHAHA

Baru tehegeh gugel nutrien dalam susu. Orang kata anmum banyak lemak. Aku buat tak heran sebab dah beli. Mahal oi. Tapi anmum nak abes dah, maka aku rasa nak cari susu lain.

And I found this, TQ encik GOOGLE. Ini sangat membantu
Yang merah itu maksudnya paling baik anatara 3 jenis susu


So I chose FRISOMUM GOLD. Why?Ada beberapa nutrien yang aku ambil kisah

eh comelnya bekas dia
(ihsan encik google jugak)


Mari bermula,

FAT
kau tengok fat je teru takut gemuk kan. HEHE. jangan tertipu ye, ada fat yg bagus untuk kita mcm omega 3, 6 DHA. Itu fat yang bagus. Essential. Jangan bagi aku buka kelas fat dalam belog kenapa ia bagus. Secara mudah, 

FAT BAGUS ialah mono/poly-unsaturated, omega6, omega 3, DHA and ganglioside. Semua tahu kan untuk apa fat bagus ini?
FAT TAK BAGUS ialah saturated dan transfat. 

Trans fat boleh jadi cancer trigger so beware of trans fat. Sila tengok FRISOMUM, transfat paling rendah, sebab tu dihiglight merah. kandungan FAT BAGUS sangat tinggi. Sebab tu walaupun ia FAT, tapi dihiglight merah (merah itu bagus). Selalu aku baca orang pilih enfa sebab less fat, ye memang saturated fat lebih rendah. Tapi sila risaukan trans fat berbanding saturated fat. 

FOLIC ACID
min required 600mcg

CALCIUM + MAGNESIUM
min required 1000mg calcium and 350mg magnesium. Friso ada 1080mg calcium and 245mg magnesium. Magnesium perlu untuk serap calcium lebih baik. Sebab aku selalu sakit pinggang, maka ini penting

IODINE
Iodine rendah dalam FRISO. Aku ada hyperthyroid, less iodine is better. for hypothyroid, u need more iodine

Yang lain malas nak tekan kan sebab masa makan nasi berlauk dan buah buah juga boleh dapat. Cuma boleh nampak bertapa tinggi kandungan vitamin dalam FRISOMUM. VIT A, B, C, D frisomum paling tinggi. So, ok la kan?Rasa dia? Orang kata sedap. So tatau lagi, baru plan nak beli HAHA cakap macam dah beli kannn

update : dah rasa. sedap! kena dengan tekak aku yang suka muntah ni

Eh ini iklan tidak berbayar, ini cuma pendapat untuk di share bersama. Mahal2 beli susu mestila beli yang terbaik. Aku tak kata FRISO terbaik, tapi berdasarkan timbang tara yang dibuat..aku pilih FRISO

Till then, bye :)



notakaki
TIPS BANCUH SUSU
Jangan bancuh direct air panas. Habis semua nutrien. Beli mahai tuhh. Mula2 letak susu, letak air biasa. Kacau, tambah sikit2 air panas sampai suhu suam2 kuku. Thats the best way to prepare your nutritious drink 


2 comments:

  1. tahniah mommy to be..ptotlah mcm dh matured..take care!!heheh

    tika leh

    ReplyDelete
  2. tau xpe. congrats weh! woot woottt!

    cikzara

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa