Sewaan barang

17 October 2013

London, 2013 : hari pertama

Phew, hari ke-5 kat london baru otak boleh co-opertae dengan badan. Jet lag mungkin

Meninggalkan family di Malaysia moment yang syahdu. Rumaisa, the only kawan baik datang hantar kt airport. yang lain bye2 dalam wassap sebab aku memang sengaja bgtau lambat. Aku tak suka moment orang bye2 sedih2 kt epot. sebab nak nangis tapi macam ada benteng kat mata (ego).

Masa pergi korea (2012) takla sesyahdu ini, dia gembira. sebab pergi 3 bulan macam holiday. sudahlah pergi dengan Rumaisa si kawan baik. KOREA okay, kami kan peminat running man. bila pergi embassy korea kt malaysia dengar orang cakap korea pon eksaited. apetah lagi the moment landed kat korea. winter pulak tu. cakap keluar asap pun nak ambil gambar. walaupun tak paham apa tengok signbord kt kedai, tapi tetap gembira. jadi boleh faham gembira macam mana kami alami???

London, winter jugak. tapi cakap keluar asap buat lek je. tengok signboard semua paham rasa biasa je. mungkin sebab sorang

eh suami kan ada??

lainnn. lain. suami lain. kawan lain. kawan dok menggila sama. suami dia macam protect. suami mana ada gembira sama2 bila tengok running man? HAHA

masa landed, rasa takut. mungkin sebab sorang2. kalau dengan maisa, blur sama2..gelak terkekek sebab amazing tengok toilet kat korea boleh tukar cover toilet

sumber GOOGLE
palstik tu boleh terpusing lepas guna. Tadaa..new cover

Sampai je kat imigresen, aku rasa macam sedih terkial sesorang. Dia mintak medical report, tehegeh cari dalam bag. dia mintak biometric fingerprint, menggeletar buh jari nak scan sebab takde dalam record. dia siap panggil officer cek ketulenan passport aku. Orang kaunter sebelah dah lepas 3 orang. kau sedih tak kalau kt tempat aku??

tapi Alhamdulillah semua ok. dia tak tanya apa pun (sebab ada visa kot?)

Kesedihan berterusan. cari troli sensorang, angkat beg 31Kg sensorang, cari jalan sensorang...nasib keluar pintu nampak suami. RASA NAK NANGIS OK. orang pregnant memang emo lebih kot

masa kat korea keluar je airpot blur dengan maisa sama2. dr incheon ke gwangju camna? siap sesat ke seoul tapi tetap happy. 

Takdela tak hepi g london. hepi kot jumpa suami. sapa tak hepi? cuma happy dia lain. happy di korea mcm hapy kanak2 riang. happy d london happy seorang WANITA. paham? tak paham sila membesar dan matang. matang ke?? mihmih


.
.
.
.
.
.
.


Hari ke-5

Aku okay je, hari pertama sedih2..semua itu poyo..HAHA. hari kedua dah p shopping kt primark. primark jela..murah kot. hari ke-3 hari raya konon nk ke malaysian hall. hm, tak pi ponn..jet lag katekan. meringkuk bawah duvet laa..

hari ke 2 masih jet lag. makan roti je mohaha. hari raya masak ayam masak kurma, hari ke 4 masak nasi lmak. hari ni? masak nasi goreng. rajin plak masak??rajin hape.sehari sekali je aku masak. nasibla makan benda sama sampai malam..haha..dapat suami tak cerewet memang best!. sudahlah best, rajin pulak. tolong basuh toilet, kmas bilik, kemas kitchen

cepatlah esok. esok friday blues. boleh ajak suami pergi supermarket. jangan taktau fav place aku supermarket

bye!

1 comment:

  1. aku msg ko 2hari lps..mesti ko dh smpai london time tu..wah, sedihnya farae..smoga berbahagia disana..tulislah pasal kat sana disini slalu..nak thu..hehe..update pasl ur tummy pun boleh..heheh
    tika leh

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa