Sewaan barang

01 January 2014

2nd trisemester

suatu malam, aku senak perut. heartburn pula menyerang. padahal makan nasi goreng chef salleh ahamad sepinggan sahaja. Pinggan kedua tambah sebab rasa sedap sambal telur puyuh chef farahain HAHA

sejam kemudian..

"aduih"
"kenapa?"
"rasa begitu gemuk sekali" (kenyang)
"bukan rasa, memang gemok pun"

Bertuah punya suami.

Sebagai rekod peribadi, hari ni dah officially 24 weeks. Masih dalam keadaan separuh sedar, aku nak jadi mak?? omg omg. Padahal hari hari baby kick. Sungguh aktif kau wahai anak. Kuak lentang dalam perut mungkin. Suka sangat tendang pundi kencing, menyebabkan aku dan toilet jadi best friend. sudahlah air musim winter ni macam ais sejuk dia, 3 pagi air panas nak jadi suam sangat lama. Terus guna ais untuk istinjak sebab nak tidur balik cepat cepat. Menggelupur

Hobi pun telah bertukar. Dari minat terhadap kasut, beg, jam dan alat eletronik..bertukar kepada botol susu, breast pump, nappies, pushchair

drastik sungguh perubahan ini



Hobi suami pulak menari gaya teletubbies. Figure dah lebih kurang. Bayangkan teletubbies pakai kain pelekat dan menari sambil bancuh kopi. Begitulah suami. Kadang2 menari tanpa sebab. Aku tak larat nak gelak vibrate. Tak boleh gelak kuat2. Nanti dia stop. Harapan aku, satu hari nanti dapat rakam dan post gambar dia menari. mungkin boleh jadi viral di FB?
*Tiba2 suami jenguk aku buat apa hadap laptop. Dia dapat instinct kot aku tengah ngata dia*

ok tak kelakar

tapi kalau anak aku suka berjoget nanti, itu baka bapak dia. confirm

.
.
.


Lagi sejam nak masuk 2014. Aku pujuk suami tengok bunga api London, dia buat taktau. cehs







No comments:

Post a Comment

terima kasih daun kelapa