Sewaan barang

21 January 2014

Bersalin di UK nanti macam mana?

macam mana apa? aku reply..haha..ye la..macam mana apa yang dia nak tau kan..

Soalan standard hampir semua partner-in-crime..blessed to be surrounded by this kind of friends *kesatairmata*
Alhamdulillah, walaupun bakal melahirkan anak "mungkin" tanpa family disisi (husband je ada)..tapi macam semua dipermudahkan sejak awal datang UK. GP(general practitioner) belakang rumah 3 minit jalan kaki..hospital depan rumah jalan kaki less than 10 minutes. Jadi nak buat weekly checkup for thyroid and monthly checkup for baby memang mudah sangat. Semudah menyiapkan sup mushroom dalam tin. tak sangka sup mushroom lebih enak di dalam tin berbanding buatan sendiri (TT)

Ramai yang tanya,
berapa kos beranak di UK? mahal tak?


Newham hospital, hospital serdang lawa lagi haha

Actually, its free kalau anda berdaftar dengan NHS (National Health Service). Kalau tak, mahal gila kena bayar..dalam 4k pound (sila darab 5.4). Kalau operate, ganda 2. Bukan 23. Gila kalau ganda 23. Rasanya la. tak pernah tanya pulak. Nak beranak, midwifes pujuk rayu kita untuk normal birth..samada kat rumah, atas katil hospital atau dalam air (water birth). Ok tipu je pujuk rayu, advice yang lebih tepat. If ada problem beranak normal, then baru diorang operate. Boleh request dibedah kalau mahu. Bayaran? Kes aku, visa dependent tier 4 memang layak dapat free

Bukan tempat mandi, ni water birth labor room

Semua free? Semua adalah free....sampai anak tu lahir sekalipun..semua free..ala macam kita g klinik ibu anak gomen kat Malaysia

Soalan kedua,
nanti doktor perempuan ke doktor lelaki?

Di UK, takde doktor masa beranak. eh ada, tapi bila doktor perlu je..kalau beranak normal..memang dengan midwifes je. Midwife mostly perempuan (Alhamdulillah). Jadi jangan berangan dapat midhusband (eh) berhidung mancung yang kacak untuk menyambut kelahiran anak. Bawak beringat suami disisi. Percakapan apakah ini..

diorang gunting ke tak?
Ini solan memang mencabar. Haha sebab first time mommy-to-be, so..taktau. dengar cerita, tiada paksaan melalui gunting kalau baby nak keluar..maka tiada jahit-jahit..Wallahualam..

Pantang macam mana?
Tiada pembantu yang diimport dari Malaysia. Maka sendiri. Tapi suami berjanji nak tolong masak kan lauk pantang, bertunku dan memakai bengkung. Belum nampak lagi masa depan keadaan berpantang macam mana. Boleh kot (yakin diri)






8 comments:

  1. good luck mommy to be..insyallah dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn~dah sihat ke tuan cimot. kesian kena denggi tiba2

      Delete
  2. hi awak, i dh follow u, if u dun mind, bole follow sy balik ( http://pwettypearl.blogspot.com ). i was blog hopping n nmpk your blog from my nuffnang acc =)

    btw, klu nk gntg tu bole pilih if im not mistaken, huhu seram nk cte psl gntg2 ni, hiks. ms i nk deliver ritu, doc mntk permission utk gntg sbb kpla my baby bsr, hiks! tp ms tu x leh nk pk pe dh sbb skt sgt. biasenye gntg sbb nk membantu proses bsalin tu. n to my surprise, ms doc gntg tu mmg x rs pe pun, sbb sakit bsalin lg bganda2 sakit nye, wuwuwuwu!

    btw, gudluck on ur pregnancy, take care =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngerinya gunting ni. berusaha nk diet supaya kepala baby tak besar, tp x boleh stop mkn haha

      Delete
  3. Hai orang uk...
    Hehe..

    Bab pantang jgn abaikan taw..
    Sbb byk kesan kmudian hari.

    Jgn jadi mcm daku..
    X berpantang btol2..
    Abes sakit badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai org malaysia..ekekeke..baikkk..tengah menuntut ilmu pantang banyak2

      Delete
  4. tiada jahit2? macam manakah????? hihihihihi apapun semoga dpermudahkan yea! salam kenal. happy dpt kawan dgn blogger obesea nih :)

    ReplyDelete
  5. Hi awak...

    Cam best je dengar bersalin kat UK kan..xperlu nak pilih2 any clinics yg ada doctor perempuan..alahai..

    Nak bersalin kat sana jugaklah..hehehe..

    Salam perkenalan..meh follow blog kita plak.. sheisjaz.blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa