Sewaan barang

11 January 2014

breastfeed : Menyusukan anak sampai 2 tahun?

Yepp, im writing about breastfeed. HAHA. dulu tak pernah lansung baca entri breastfeed sebabab ada B words, terus blushing.. kini? HAHAHA. well, perubahan fasa kehidupan sedang berlaku

*pheww*

When I was 12, mak aku melahirkan adik ke-4. and ke-5 bila aku 14 tahun. Jadi memori jaga bayi memang ada even kitorang ada bibik. Sebab aku geram tengok baby, dari makan, minum susu, mandi, basuh berak, tidurkan..semua aku terhegeh nak buatkan.  Jadi nak jaga bayi sorang kat UK ni macam confident sikit laaaa. Tapi macam takde memori adik minum susu apa masa bayi. So I asked my mom, n she said "susu tepung je". HAHA. oh did I mention bagi minum susu?? jadi kenapa takde memori adik tu minum susu apa??

sebab bagi je..bukan buat susu...haha...dulu request je kat bibik..."kak, adik nak susu. tolong buatkan?"..masa dia dah umur setaun tu ingatlah memang susu tepung aku bancuh


adik, akak yang cuci berak korang tahu? HAHA .oh comelnya mak aku

Sekarang adik aku lagi tinggi dari aku (-_-')


jadi kenapa nak breastfeed??

Sebelum kawen, aku pernah terbaca pasal kebaikan susu ibu (dekat dinding mana tah dah lupa). Tapi terus berazam nanti ada anak, nak susu kan anak secara penuh 2 tahun. sebab otak aku terus terpengaruh SUSU IBU HEBAT. Berkesan betul orang yang tulis poster tu. Mampu buat aku berazam. Tapi masatu azam je, taktau rupanya nak menyusukan budak ni banyak cabaran

ketika berjalan-jalan merentasi dunia blogger ibu-ibu (blog remaja pun kadang2 buka, feeling remaja sangat), I found this blog http://www.lizrohaizat.com/2009/11/hebat-sangatkah-jika-berjaya-menyusukan.html. oh begitu pulak ye...ade hebat ade tak..yang aku tau baca je blog mak-mak nih..lepastu "ooo...macam tu.."... serius blur dengan dunia keibuan ni. bagus entri nih. buka minda sikit bagi new mom macam aku

nevermind lah dekat orang.. since aku sangat suka fakta "menyusukan bayi lebih banyak manfaat", i was prepared myself to breastfeed my baby. Moga dipermudahkan..AMINNN. Kalau takde jugak, takpe lah nak ye..redho jela. Mak dah usaha ni

So gugel punya gugel info nak breastfeed bayi ni, rasanya macam perlu je breastpump sebab plan nak kerja lepas balik Malaysia. walaupun aku taktau keje jenis apa yang aku buat nanti, prepare jelaa.. Jadi memang tengah ushaaaa je breastpump. Nak masuk 7 month dah. Boleh beli dah lah kot?

Ciri-ciri yang perlu diambilkira tak banyak pun...

1. On-the-go device
-electric and battery function, portable. Sebab nanti plan nak kerja, boleh choose nak guna electric kat rumah, battery kat luar. Nak electric juga, sebab macam penat nak pump manual. Aku jenis mudah flat sebab thyroid

2. Mesra wallet
- bajet bawah RM 300. kalau rosak ke tak ralat

3. Mesra pengguna
- tak bulky, sebab nak bawa travel tiap hari jenuh kalau besar sangat. Lepastu suction lembut. Ramai kata lepas beranak nanti bengkak susu lah, crack nipple, melecet etc. Tak boleh nak imagine, tapi mesti sakit (T__T)


Satu pump ke dua pump ke tak kisah, asal boleh pump. Maka setelah buat research(kemain gigih), macam medela swing je jadi pilihan hati. maka pencarian bermula

jap, swing ade pulak rm300??

kt UK ni medela swing dalam 90pound beli kat kedai. tapi second dalam 40-50 pound (use less than a month pn hadoo). Then beli jela set accessory baru (tube, valve, membrane, cup dalam 10-15 pound). Hygiene disitu ye walaupun second. Kalau dapat botol sekali, tukar teats sahaja. Kira2 baru dalam RM 300. Wah, sangat tempting. tu yang jadi watch ebay untuk medela secondhand sampai 50 item, medela swing aje. Kesian suami punya account ebay penuh breastpump. Bayangkan acc lelaki penuh breastpump. Bayangkan jugak ebay ni setiap kali nak end time, dia bagi notification dalam handphone. berdentum2 notification. mesti laki aku bengang kan? Nasiblah kau suami. HAHA

kenapa medela swing?

Takde masalah nak beli yang lain pun..beli lah breastpump yang ikut kemampuan...cumanya aku cepat terpengaruh sikit. kt UK ni aku mana ada kawan yang boleh tengok dia pam macam mana, pakai pam apa..semua single mingle lagi  uols. Kalau ada yang kahwin, nun jauh merata. Jadi review mak-mak blogger jela..tambah lagi kak ipar pun pakai medela..and aku pernah sekali ternampak kat surau orang guna medela swing ni. masatu taktau apekebenda tu..die gegar gegar je macam brrrr...brrrr...brrrr...akak tu dok main hp. dalam hati aku, "apetu??macam mp3 je? tapi tak kan besar gitu" wahahaha.




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun kelapa