Sewaan barang

08 January 2014

Buka akaun bank di UK

Bagi student, mudah nak buka akaun bank. Just bawa student ID/surat tawaran Univ, Passport. Dah boleh buka akaun

Tapi bagi dependent kepada student, bukan simply boleh buka account bank. HSBC boleh kut, tapi kena bayar yuran 8pound setiap bulan. eh eh, takmau bayar. Jadi nak bank lain. masalah bank iniiiii, dia nak tau apa reason kita buka accaount bank. kalau takde reason tak boleh simply buka akaun. Macam aku, payah bebenor nak buka account. Tapi alhamdulillah..dah ada account sekarang *big grin*

Hepi sangat ke buka acc bank?

Yelaa...nak mintak koje senang. Haritu dapat interview elok dah ni nak kerja..sekali sebab takde acc bank, dia reject. Bila kita tanya tak boleh ke dia bagi contract, then kita buka account lepastu? dia kata tak boleh *nangis dalam hati*

Aku buka acc Barclays, saja gedik sama ngan suami :P
Alat tu aku ingat kalkulator tau, HAHA. 
bukan ye. 
tu macam mesin ATM portable yang tak boleh keluarkan duit. Boleh check balance etc (tak tau sangat, so etc je la)

Masa buka acc tu, orang tu muslim. Jadi aku rasa macam mudah sangat nak buka. Tapi mudah je bila ada dokumen yang diorang nak. 

So, begini caranya. Ini apa yang aku buat dan berjaya. Taktau pengalaman orang lain macam mana..
Memula kena book appointment. Dia akan tanya dokumen yang dia nak tengok tu kita boleh provide ke tak. Bila ok, dia akan bagi date appointment. 4 benda bila nak open acc bank yang aku kena bawak...

FISRT : Passport
ni confirm laaa...

SECOND : Proof of address
kes aku, aku takde proof of add. tapi ada surat NI yang dialamatkan atas nama aku. so pakai tu pun valid.

THIRD : Tunjuk surat NI Number
Tak sure la tak bawak pun takpe ke atau wajib bawa. Tapi sebab aku buat surat NI no ni as proof of add. NI number ni kena apply. NI stands for National insurance. Datang UK je, kena apply dua benda. NHS dengan NI no. terus besarkan font. nampak tak penting tu. ekekeke. cara apply NI number boleh rujuk entri INI. Entri INI pula untuk apply NHS. Penting apply awal dua benda ni sebab proses makan masa.

FORTH: Bawa contract kerja
ni tricky. Kena ada contract keje. Hadoihhhh...kena ada keje la kan? masalahnya bila mintak kje dia mintak acc bank. bila nk acc bank dia mntak kontark keje. Apekah?

Ada je keje yang tak mintak acc bank. Ada yang kena ada tak. Ada yang lepas dapat keje, then within a week kena pegi buka acc bank. Ikot company lah. Aku kena tolak keje sebab takde acc bank. Lama menganggur. Setelah berusaha dalam 3 bulan jugak laaaaaaa, Alhamdulillah..ada jugak job yang aku dapat tak perlu acc bank untuk start. Dia bagi masa a week untuk buka account bank

lagi senang nak mintak job lepas dapat NI no. Tapi ade je tak perlu NI dah boleh start. Ikut rezeki masing2. kita usaha dan tawakal je

Itu je la, dah setel semua..nanti dia pos kad. Duit nak masuk tak kisah berapa. Aku masuk 10 pound je. sebab bukan boleh withdraw duit pun. dibuatnya nak pakai duit emergency esok dia..haruuu. Masuk sikit je pun okay. Tak masuk duit pun boleh..tapi lagi secure masuk kan duit sebab orang bank tu kata macam kita ada komitmen dah dengan diorang

gitu cerita dia~

Semoga sesapa yang blur nak buka akaun bank kat UK macam aku dapat lah sikit info. Good luck!


1 comment:

  1. salam sis .plis email sy..nk tnaya bnda sikit pasl bnkni... akuremos@gmail.com

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa