Sewaan barang

15 January 2014

Hyperthyroid kembali menyerang

Dalam entri aku yang INI, aku kata aku hyperthyroid suvivor..kononnn...ptuih haha
Allah nak bagi penyakit tu, kita akan dapat jugak..

Masa tulis entri tu, tak tipuuu.. memang sembuh, Alhamdulillah. Tapiiii...bulan 7 aku kawen dan mengandung..bulan 8, nah hamek kau penyakit tu datang balik..Masatu still kat Malaysia. Pegi klinik kerajaan je. Free muhehe

mula la doktor tu bebel aku kenapa tak rancang dah tau ade hyperthyroid...laaa...mane nak tau...masatu yang aku tau orang hyperthyroid susah pregnant..siap sedih-sedih lagi drama air mata laki tinggalkan aku sebab takde anak nanti..haha saiko punya perempuan..Sekali Allah bagi rezeki..tapi pakej dengan hyperthyroid lah (T_T). Eh, tetap Alhamdulillah.. (^^)v

Memang awal2 dah aware thyroid akan datang sebab pregnant woman yang menghidap thyroid akan ada posibility dapat "thyroid storm". Ni kawan aku, doktor fairuz cantik jelita yang bebel kat aku bila dia tau aku pregnant.

Ye, I tau. I pendek *emo*


Masalahnyaa... bila pregnant..laaaagi susah nak monitor penyakit ni. Sebab tak boleh main makan ubat. Kena tukar PTU (poly-thio-uracil). Sebab carbimazol boleh menembusi plasenta baby..takut baby tak selamat / cacat. PTU pulak tak boleh ambil more than 200mg untuk selamat. Prob lagi, sebab PTU ni efek tak kuat macam karbimazol, 5mg carbimazol=50mg PTU. Nak taknak, kena ambil dose tinggi jugak. Oh, doktor tak terang eh benda2 ni..aku gigih cari jurnal. Sapa tak risau kan.. Masatu dah pening..sudahlah anak first, kalau jadi apa2 takut susah nak pregnant balik..

Aku usap perut, takpe anak...anak kuat kan?

Alhamdulillah, sekarang 25 weeks, anak aku dikatakan sihat. Cuma bila buat test untuk down syndrome (DS), 50% chance dapat anak DS.. Diorang siap bagi suggestion buat amnitic fluid test, kalau kompem..samada nak keep, nak gugur, nak bagi orang lepas beranak. Aku rasa nak ketuk je midwife tu..haha..tapi nak buat cane memang kat UK ni ade option macam tu kan. Masa tu sorang2 plak tu..laki kat Latvia buat site analysis project, tak boleh call whatsapp semua..drama air mata sehari. Mana ada kawan kt London ni..seminggu jugak nak recover dari shock..kesian tak kat aku..tolong la kesian..haha..akhirnya bila laki aku balik, aku tanya dia..die lek je cakap "tak yah la buat test tu, buat sakit badan je. Takpe anak tu macam mana pun kita jaga. Kita doa je ok?". Syukur sangat dijodohkan dengan lelaki ini :')

walaupun berjiwa rock kapak, dalam hati ada taman, bro
Ini first time dia buat perangai cheesy begini

takpe anak, awak lahir macam mana pun ma dengan ayah sayang awak

Back to hyperthyroid,
Masa datang London, aku tak bawa ubaat..pandaiiii...elok pulakk proses register NHS (national health service) makan masa sebulan..sjadi ebulan laaa tak makan ubat. Sudahla takde ubat, bertambah2 teruk morning sicknes sampai muntah darah tiap masa..azab dia masatu..pheww..tapi aku tak bagitau family, takut deorang risau kat Malaysia. Setelah sebulan, pergila register antenatal, diorang ambil air kencing diorang kata aku tak pregnant. Aku dah lemah lutut. Takut anak meninggal dalam perut. Masatu baru 3 bulan. Tapi bila scan elok je anak tu, heh buat penat risau %!@#$%^&

16 weeks scan. Inai masih dijari, awww~
Sebab inai tu la aku sangkut buat visa, terus burn 1k+ tambang flight

Bila sebulan tak amek ubat, maka thyroid tu naik melampau..ye..aku kena thyroid storm. Jalan 5 minit semput..haha..macam siput. sabor je laki aku. bacaan T4 near 80. Tinggi tuu..Doktor kat UK pulak bebel kat aku kenapa tak rancang (T_T). Berat aku turun dari 47kg >> 40kg dalam sebulan

Sekarang, Alhamdulillah..25 weeks, thyroid dah makin ok. Dari PTU, dah tukar carbimazole. Carbimazole boleh ambil after 4 months, Doc tu cakap. Now dose ubat pun turun jadi 20mg carbimazole. Kalau tak ok jugak before 3rd trisemster, doktor nak bedah leher aku buang thyroid gland. Padahal mana ada lump pun???

So beware ibu mengandung yang menghidap hyperthyroid, anda pun boleh kena throid storm..Masa ni yang yang paling efektif kena makan ubat je. Nak bekam tak boleh, prempuan mengandung tak boleh bekam.

lastly, doa. Mintak Allah jaga kita dan anak..

Berat pun dah naik hew hew. 25 weeks
laki I beli kan socks kaler shocking pink. Dia taktau ke isteri dia ni rock? Sabar je la

23 weeks, 47Kg, 
back to normal weight before pregnant
Tengok pempuan ni, mengunyah je. Sebab tu 2 minggu naik 1 kg wahaha

Oh aku ada hobi baru, suka pakai baju laki sendiri. Bukan baju je...socks, shorts, gloves..boxer pun aku bantai...huahaha..tah ape perangai. Dalam gambar tu, tshirt laki I. Bukan nak suh anak dalam perut tu jadi akitek tau..sukatila nanti anak nak jadi apa..mak bapak ni sokong je. Jangan jadi sampah masyarakat sudah

#update
ada member tanya scale tu berapa kat UK. I bought it for 11 pound only (RM 60). tengah sale sebab harga asal 30 pound. Scale ni best sebab dia kira weight, body fat,body water dan BMI ikut umur dan tinggi kita. Suitable sangat for those yang tengah monitor diet. Sebab sebelum dan selepas makan pun ada perubahan berat kan? selalu berat makanan aku makan adalah 400g muahaha banyak gila makan

So sesapa nak kirim ke Malaysia, kos hantar + barang = RM 100 sahaja. Kena cepat2 kalau nak, sebab lepas habis takde sale, tak boleh dah bagi harga ni. Boleh self pick up kat Bangi. Kat Malaysia RM 170 tak silap..tapi kalau terjumpa kat Malaysia lagi murah, beli kat Malaysia laju2 hehe



Salter Analyser Scale, RM100
  • Glass platform.
  • Maximum capacity 160kg (25st 3lb).
  • Size H2.3, W30.1, D30.1cm.
  • Batteries required 1 x button cell batteries (included).
  • 4 user memories.
  • Measures BMI - body mass index, a guide to healthy body weight based on height.
  • Measures body fat .
  • Measures body water - how hydrated your body is.
  • Measures muscle mass - the amount of the body made up of muscle.
  • Manufacturer's 15 year guarantee.

To oreder, email : me.farae@gmail.com or whatssapp +447404160785






2 comments:

  1. subhanallah kagumnya semangat kamu..mudah2 an semua baik2 saja..

    ReplyDelete
  2. Doc diagnos sy hyperthyroid jun 2013 dan umo xmsuk 20 pun lg.kdg2 rs down jugak x boleh nk main basketball mcm dulu2 lg tp ini ujian dari-Nya..

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa