Sewaan barang

07 January 2014

Mencari kerja di UK

Kalau korang ada visa yang membolehkan korang kerja, sila lah apply NI no ni (nino ni). Kalau jejak kaki kat UK malam, esok pagi2 terus call NI nombor. Pantas tuntas gitu. NI no ni penting nak keje oi. sebab tu kena pantas. dah la penting, lembbbbss (lembab) proses dia
psst : adekah korang baca "ni no" atau "and-ai-number"? aku selalu kompius(confuse) jadi nino. hahaha

nak apply NI no boleh call je no kat website INI bagitau kita nak apply NI no. Nanti ikot je apa dia suruh.

Secara sinopsisnya,

1. CALL NI, bagi detail passport, alamat rumah, no tel dll (masa ni kena prepare semua detail, pen dan kertas ada di tangan). Dia akan bagi la reff no, catat je reff no tu

2. Tunggu surat datang. Surat tu ada borang. ISI BORANG, copy visa, passport, proof of add (kot? tak ingat), gambar passport. RE-SEND BORANG

3. Mereka akan reply, bagi NI number. ATAU kalau takde respon dalam 2 minggu, call balik NI no, bagi reff no yang awal dulu diorang kasi, mintak kabo berita ape cer no tak sampai2..

Kes suami aku, dia terus dapat NI nombor

Kes aku, diorang dapat lambat borang yang aku dah resend tu...(padahal aku dapat je terus isi terus hantar okeh)... so application kena terminate. tensi (tension) mak..sia2 tunggu sebulan. Then, masa call diorang, diorang bagi appointment ke JOB CENTER. Bawa passport, proof of add, reff number. dalam 15 minit setel. Tunggu je surat NI no sampai rumah.

cemni la rupa surat tu
boleh apply 200 kerja sekarang hahaha
kerja apply kt internet macam biasa

Masa diorang bagi appointment tu dia kata INTERVIEW. ketaq lutut baq hang. Sekali mana ada dia tanya apa pun, dia tanya nk apply NI no untuk keje kan? aku jawab ler ha'ah

Eh idok ler aku jawab ha'ah...yes ler. omputeh kann..haha..

lepas tu dia photostat kita punya IC. proof of add pun dia tak tengok, sebab aku dok ngan suami. Aku cakap aku ada proof of add suami je. then bagi borang suruh is. SEJIBIK borang yang aku isi yang kena terminate tu. Dah, tu je, boleh balik. 

Aku terus pegi Wales lepas interview walaupun morning sickness aku ada lagi bersisa. sebelum sampai job center nk interview pun muntah sekali tepi jalan. baaanyakkkkk pulak tuuuuu HAHA. lepastu muntah lagi sepanjang 6 jam naik bas ke Manchester. anggaran kekerapan muntah - sejam sekali. bagus. Nasib baik pergi Wales dari Manchester tak muntah sepanjang masa (sekali jek). sebab naik kereta kot...selesaaa~ mengada anak aku ni nek keta je. bas taknak (ini dinamakan salahkan bayi dikandung)

ini Wales. eleh Malaysia pun ada air terjun, lagiiiii tinggi HAHA
(tapi serius snowdonia sangat cantik. 
banyak sheep gebu montel berlari tepi gunung. 
macam batu putih bergerak)

sebelum mengarut berjela, bye~
and good luck cari keje! 
(mak buyong ni still pon tengah cari lagi ni. haih)

2 comments:

terima kasih daun kelapa