Sewaan barang

11 January 2014

Perlu ke sterilizer dan warmer?

(upsate on sterilizer and warmer : Review tommee tippee sterilizer dan warmer)


Mak-mak yang dah otai mesti takde masalah ni kan?

First mummy ni selalunya confuse dengan keperluan bayi ni...termasuk la aku he he..fikir punya fikir..inilah pendapat aku

Perlu ke warmer
Nak breastfeed?
Kalau ya, perlu la kot. Mudah. Kalau bagi formula milk, kita bancuh dengan air panas je. Takde masalah. Tapi ini bagi yang nak breastfeed... Orang yang buat stok susu simpan dalam peti. Kalau hantar anak kepada pengasuh, mesti hantar susu sejuk kan? memudahkan pengasuh..kalau hantar kat mak, memudahkan mak. Kalau kat rumah..takmo direct feed..memudahkan diri..itu sahaja..

Ala, boleh je direct breastfeed kalau kat rumah..betul3..tapi ada kes anak tumbuh gigi, naya kalo dia gigit..jadi better bagi dalam botol..still..kena panaskan..

Ala konsep warmer ni macam kita rendam air panas je sebenarnya, beza die tak fussy..on dan tunggu. Kalau pakai rendam dalam air panas pun, tuang air panas dan tunggu..masa diambil pun lebih kurang je..

option lain?
Kalau ada microwave, boleh juga panaskan air dalam microwave, then rendam susu tu..bukan microwave kan susu tau, microwavekan air seminit..keluarkan dari microwave, then masukkan susu. Work juga. Aku memula nak pakai kaedah ni je. Malam tak perlu turun dapur, kita pakai termos je. Jadi jimat disitu tak perlu beli warmer


Perlu ke sterilizer
rajin ke malas? haha
Aku bukan sahaj malas, malah pelupa. Jadi aku pertimbangkan lah jugak. tapi kalau beli baru sampai 2-3 ratus..fikir banyak kali jugak la kot? 

option lain?
kalau ada microwave, beli yang kaedah microwave je. guna air sikit. dan mudah. murah sikit dari eletric

ini contoh. mudah kan?

atau 

Rebus.. tapi kena beli timer..set la bape minit..nanti timer tu jerit lah panggil ko..alah kat daiso rm5 je. Tapi leceh skit ah, kena ada periuk besar, guna air banyak..lepastu kena keluarkan air, jemur pulak..jangan risau, kuman mati punya..asal air tu menggelegak..

Kalau microwave takde, rebus pun malas...maka pakai electric strelizer. Bagus jugak benda ni..penggunaan air sikit, lepastu tekan butang je..tinggal..pastu nak guna ambil je..ada orang kata kena jemur bagi kering..kalau aku, takyah jemur pun takpe..

TT strelizer model ni tak leceh, tekan je button..tingal..5 minit siap

masalah utama ialah aku pelupa..tahap nenek2. nenek aku lagi ingat kot. dulu, masa pertukaran bibik lama ke bibik baru..kak ngah ni la uruskan benda remeh camni..selalu je botol adik aku dulu overheat sampai air nak kering..hahaha..well, darjah 6 kot, ralik tengok kartun :P. so timer is the best combination kalau guna kaedah rebus ni..ade aku baca belog orang (tak ingat sapa), die terlupa nak tutup api sampai melt semua..sedihnya..kalau jadik kat aku, boleh meraung..

Takyah cerita zaman kecik, sekarang pun selalu je lauk kering bila masak benda berkuah wahaha

jadi aku beli hahaha pemalas la jugak sebenarnya.. Ala beli pun sebab murah...kat UK ni,barang second kalau rajin cari dapat lah yang murah

Murah tu berapa?
used Sterilizer TT, used warmer TT 5 pound. Dalam RM28 ringgit. siap dapat used breat pump manual TT, new bottle TT, 4 pcs new bottle lid TT..yang ni bid kat ebay UK... murah ke tidak?

Kalau kat Malaysia, idok ler den pakai barang ni. Rebus dalam kuali dengan rendam susu dalam air panas jela jawab nye..haha..

kalau tak beli, rugi banyak kot. used item pon used laa..

Lain orang, lain situasi, lain cara..fikirlah yang terbaik. Mana-mana pun boleh. Mak mak kita dulu manada menatang nih..hidup je kita kan? haha..cuma sekarang ada kemudahan. Nak beli, tak nak beli..terserah. Ada je cara alternatif lain kan.

notakaki :
Sapa nak beli barang second murah, boleh pergi ke link bawah ni


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun kelapa