Sewaan barang

18 January 2014

Routine skin care saya

Selepas mencuci muka menggunakan ZA dibeli semasa sale 30%, saya akan mengambil beberapa titik minyak zaitun yang orang buat masak dan disapukan ke muka. Itulah rutin penjagaan muka saya .
Peace! (^^)v

 Lihatlah, kulit saya kelihatan segar tanpa make-up
.
.
.
comel la tu??ada jugak yang kena sepokk ni kang 

Ok serius. bila dah kawen, sana sini melebar..jadi takut tengok badan, tengok muka je hahaha

eleh baru anak satu..tak lahir lagi pulak tu..

weii..korang mana tau..naik penimbang je, emo. setiap kali tengok cermin, saiko gila tau tak tengok semua terkembang-kembang. Bukan perut je, pipi tangan kaki macam hippo..hippo comel? tapi aku tak comel macam hippo

are you talking about me?

No. not u hippo. This hippo

Bila tengok muka, rasa macam..eh dah bekedut lah..eh..kusam lah..Dulu masa muda, tak kesah sangat pasal muka ni..muka tak mandi tade hal..tapi ada lah time dia nak tegedik beli produk skin care dengan harapan kulit jadi telur dikupas..giteww..bila pergi korea tengok kulit diorang halus..laju2 beli produk korea..padahal kulit diorang halus sebab banyak makan makanan berkhasiat

Pernah la try, kulit reject

First time beli set skin care mahal2, beli set hada labo ni lah. Eh, bagi aku mahal lah tu..terus blog pasal hada labo yang dijual 1 botol setiap 4 saat. Amboii...kemain advert dia..lepas pakai 2 minggu, jual. bahahah. mana tah entri tu..dah buang kot. Terima kasih kepada yang membeli ye :)

Lepastu insaf, memang aku sapu minyak zaitun je. Ala..minyak orang buat salad tu...ingat ceq main2 ka?
Sebab produk kat pasaran, lansung takmau geng dengan kulit ni. .

hada labo- keluar bijiks
olay-muka jadi berminyak
neutrogena, ponds, loreal - kering sampai muka rasa kena tarik2

Satu je yang tak pernah bagi masalah kat kulit I yang manja ni

"I lebiu. Adik beradik u pun tak nak geng dengan I" kata kulit

eh. dua. The smim
Tapi tak mesra wallet (TT)



ala..muka ko bukan ada problem pun.... *eh apani? monolog dalaman ke apa?*

Orang salu kata muka aku takde problem..em..yela takde..
lagi satu perempuan kan..takut pada usia wahaha..takmau kedut sebelum usia..cewah..Jadi, lepas beranak ni..ingat nak reward diri dengan essence anti-penuaan. Nak kasi up sikit confident level tu..konon lahh..
Eh kenapa lepas beranak? sebab sekarang bila nak beli je, terus teringat..oh lampin anak sebulan ni.. tak beli lagi stroller dia..tak beli itu..tak beli ini..

bye2 SK-II, bye2 Clinique, Bye2 creme de la mer..ko pakai je minyak zaitun tu

ze parutsss, thank you chiken pox


Walaupun suami kita kata dia tak lari punyaaa....u gemok ke, bekedut..I tak tengok pempuan lain punyeee. Kita tengok lagi doploh taun..tapi masatu lambat dah nak tengok..jadi semua kena jaga dari sekarang lah. Supaya dia takde reason nak tengok pempuan lain. Tapi kalau dapat nia lofa ke, pening jugak nak challenge tu

Eheh takdela, laki I baik insyAllah. Kita jaga perut dia, jaga tempat tinggal dia, jaga pening sakit dia, tahan bau kentut dia, jaga hati dia..InsyAllah..tapii..nak jugak jaga muka..tak kira.... *hentak kaki*


Dulu kutuk adik hippo, sekarang jadi hippo, rasakan
tapi adik, I kutuk u, I sayang U okay

yang kiri  lelaki konon buat lalu padahal nak kacau, itu si bongsu, masani darjah 6
yang hippo ni. eh, yang pink ni form 2
kenapa, tak boleh ke adik tinggi dari kakak? *emo*
emo la..dah la sekarang gemuk, pendek pulak



1 comment:

terima kasih daun kelapa