Sewaan barang

09 January 2014

UKM-MIMOS, memori terindah 2011-2013

Ini entri bergambar. terjumpa dalam draft 'birthday hakam' tapi tak post pun heh heh.. Oh rindunya mereka. Apa khabar mereka di Malaysia agaknya. Mereka ni la sumber oxygen aku kat UKM as master's student sepanjang 2 tahun.

Sempena birthday, kami bagi hadiah HOT PLATE

senang ko nak ber-experiment (padahal duit geran HAHA). Kami tak pakai kasut. Jangan ikot perangai ini. Tapi kami memang tak buat lab pun time tu. Tak bersalah..tak bersalah..


Ini Hakam. Junior sejak undergrad. Telah berpunya dan bakal berkahwin taun ini dengan doktor dari ireland. pandai ko pilih kannnn. Cita-cita dia nak buka klinik gigi, bini kerja, dia goyang kaki jaga kaunter. Kemain cita-cita
. The only 'kumbang' dalam lab.

kesian. ada je kumbang lain tapi dah kawen and datang lab on-off. jadilah dia kumbang di antara bunga-bunga

Kek huruf H okay. Spesel gituu

Birthday hakam, Dr. A (our supervisor) buat surprise. Celebrate with undergraduate student. Aku pun dah lost yang mana punya batch sebab banyak sangat student group Dr. A. dan banyak sangat event yang dibuat. Hobi supervisor kami ialah menganjur parti makan-makan. Perut berjoget gembira setiap kali event. Semoga murah rezeki Dr. A. Aminnn

Ini pula jiwa raga (cewah). Maisa
Walaupun dia tua staun, aku je yang tak panggil kak maisa. dari jadi RA (research asst), register as Master's student, internship di Korea, rumet di korea. Semua dengan dia. Dia lah tolong jaga time mandi, masa solat, kemas bilik, time makan. Dia yang jaga

Dah macam kakak aku (emak mungkin? :P). 

Sebab tu dia jiwa raga. dia tak datang lab, aku sunyi dalam hati. Terbiasa ada dia. Sangat aneh kalau dia takde. Sampai hantar ke KLIA nak ke London haritu pun dia datang dan bawa hadiah. Nagis dalam hati masatu :'). Kalau ada masalah, dia antara orang yang aku ingat dan cari.

Our one and only Indonesian student, Melly (kiri)
Yang kanan tu pure malay, airul. Masih single. Boleh masuk line sekarang. Tapi macam line busy

Baju biru tu bapak orang, muiz. tapi tak rupa bapak orang pun. Macam budak je aku tengok. Yang tudung purple, atisya. Minah rajin dalam lab suka buat kerja sendiri. Eh semua pun rajin, aku je pemalas sikit

Lepastu naik lab tapaukan dekat mereka. Amalina and ika. Amal, budak kecik tapi laoud. Tertelan speaker mungkin masa kecik tu yang bila cakap gegar satu lab. Ika pulak wikipedia UKM. semua pasal ukm dari gossip, sejarah, perkembangan terkini, apa bakal berlau dia tau

Student group Dr. Sharina yang comel
(Dr yang comel, bukan korang HAHA)

PS: Sory achik, nak buat cane ko tak datang gambo takde

Haih, rindunya nak breakfast, lunch, dinner sama-sama. Nak hangout sama-sama. Lagi 5 taun apela jadik kat sorang-sorang ni. Akak doakan korang semua berjaya (ye, aku senior a.k.a TUA)




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun kelapa