Sewaan barang

21 February 2014

31 Weeks : Scan kali ke 4

Dekat UK, scan hanya 2 kali je sepanjang pregnancy, sedih kann? scan 4D nan hado. Kalau nak bayar sendiri which is mahal gilaa..takpe, scan biasa2 pun okay. Tapi aku dapat sampai 5x scan. Next month ada lagi scan mihmihmih..sukaaa. boleh jumpa anak

Kenapa ada 3 extra scan?

Sebab ada thyroid kot, so its likely to monitor baby growth.. Masa scan kali kedua tu, sonographer kata this is your last scan. Sedih rasa..sekali ada surat sampai rumah, tetiba dapat 3 appointment scan..kitorang pun pelik. Takut ada problem..test untuk down syndrome 1:2 (50% chance). Memang cuak masa dapat surat. Bila jumpa midwifes, dia kata just untuk monitor..sebab baby kecik katanya

1st scan, newham hospital #16 weeks

1st scan..teruja sangat..Sebelum scan, ada kesilapan. Mereka kata aku tak pregnant. Padahal kat Malaysia Dr siap bagi surat lagi sahkan pregnancy. Drama jugak la masatu. So midwife kata tunggu scan untuk confirm..nak tunggu 3 hari untuk date scan tu punya seksa..masatu sedih syahdu..muntah darah kan..apapun tak makan..takut anak dah takde dalam perut..sob..sob..so bila scan..teruja tengok ada  manusia begerak..rasa nak nangis.. T_T

Time scan ke-2, budak ni tutup muka pakai dua dua tangan. Penat la si sonographer tu tekan perut, goncang2 perut..sonographer ni kata dia pemalu, maka dia give up nak alih tangan. Terus tanya nak tau jantina tak? baik cek benda lain dulu..kitorang apelagii.. MESTILA NAK TAU haha. Bila cek, amboii terkangkang baby. "oh I guess he's not that shy" kata sonographer. muahaha. Pastu dia bagi gambar ni..

Nah, nak sangat tengok muka #20 weeks

Time scan ke-3, kena pergi ke Barking Hospital. Dah kenapa dia hantar pergi hospital jauh ni nak kena naik tube bagai. Ish. Ada masalah ke?..Rupanya hospital tu schedule penuh (-_-'). Sampai barking, okayyyyy...sonographer dia LELAKI. haih. Aku tanya suami, takpe ke? dia kata takpe..maka segan2 ai angkat baju
3rd scan at barking hospital #28 weeks

Last monday, my 4th scan. LELAKI jugak yang scan. Siap dia cam aku.."we met before isnt it?"..lelaki yang sama scan masa kat Barking. Kat Newham Hospital pun dia wujud jugak rupanya. Tapi kali ni suami takde, dia p kelas. aku redho jelaa..

Scan ke 3,4 and 5 dapat gambar itu je :( #31 weeks

Scan 3,4 and 5 dia tak bagi gambar baby, tapi gambar umbilical cord siap graph jantung (T_T)..sebab untuk tengok growth je. Takpelah, masa scan tu dapat tengok kat screen pun okay. Macam jumpa anak pergi boarding school pulak rasa, sebulan jumpa sekali. Huahaha..oh, spot FL (femur length), terkeluar julat minimum. Means, pendek sangat..Haha..*redho*

So scan ke 4 ni, dia buat graph pertumbuhan
Graf femur length (FL) merosot teruk #31 weeks

the baby is quite small, but let me check it. 
Is there any problem with me?
No, you yourself is petite. I didnt expect your baby to be big *gelak2*
tatau ape yang lawak, aku senyum je la

Lepas dia dah buat graf tu, dia kata baby is in very good growth development. Dia kata "Everything is good, but he's quite short. Just like his mom". Aku tatau nak sentap ke hape. haha gelak jela. Kesian ko nak..kecik2 lagi pendek. Bila bagitau ayah baby (suami), dia gelak je. Nyehh. Dia siap ejek kesiannnn..pendek...sambil kutil2 perut aku. Bila bagitau ayah (atok baby), dia kata takpe..nanti keluar dari perut tinggi laa..iyolah~

But actually, orang kat sini besar2. Sonographer yang scan aku tu..dalam 190cm kot, macam giant. Aku pulak 155cm je, memang mendongak la nak tengok dia. Haritu tanya midwife, selalu yang beranak..berapa kg anak diorang..midwife kata 3.6-4kg. Nak tersedak kat situ. Huihh..I harap anak 3 kg paling besar..takut susah nak keluar..patut la setiap kali buat scan ke, check dengan midwife..semua kata perut kecik lah, baby kecik lah..memangla..compare dengan orang putih memang I kecik..logik nya,  baby pun kecik lah kan?

Next scan bulan depan. Last scan, yeyyy jumpa baby secara virtual lagi sebelum jumpa real life :)

Kita end kan entry dengan rendang daging. Masak malam semalam, lepastu kenyang. Apakah? Tak makan pun boleh kenyang. So, breakfast tadi makan rendang daging dengan pulut. Heaven nyaa~

Laki aku cakap rasa macam hari raya. Hahaha

3 comments:

  1. pendek lah comell...hehe
    tikasalleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoih tak seksi a kalo boy pendek..haha

      Delete
  2. duduk UK ke? bestnyaaa! hehe

    alaa baby belum panjang lagi la tu...hihi

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa