Sewaan barang

18 February 2014

Bunga segar pasar kajang

Selamat pagi. Hari ini dah masuk 30 weeks pregnant, baru nak review bunga tangan masa nikah (-_-")
Sebab baru buat review pasal photographer perempuan time nikah, terus teringat pasal bunga tangan. Ramai yang mesej and tanya kat whatsapp, FB. Maka kita terus je buat entri satu pasal bunga

Masa kawen, takde ambil mana-mana bridal. Semua buat sendiri. Baju nikah dan baju sanding buat sendiri. Masatu terlupa, orang selalu pegang bunga masa kawen, baru nampak macam pengantin

Mula-mula ingan nak pakai hydrangea plastik je, lepastu boleh buat hiasan kat rumah. Tapi dah pakai untuk dulang hantaran, jadi macam tak best nak pegang. Nanti orang kata petik bunga dari dulang hantaran. Huahaha. Maka aku tanya kakak aku, mana nak cari bunga hidup dekat2 bangi ni?? dia kata pergi je pasar kajang

Ha, sini la. Yang ni cina, depan dia India. Mana2. pun okay je


Nikah-sanding hari sabtu, maka Jumaat tu gigih la aku ke pasar kajang. Aku park kat belakang pasar kajang, dekat metro point. so kalau dari belakang, deret bunga tu belah kiri. Kalau korang masuk dari depan pasar, turn sebelah kanan. Kat situ akan ada belungguk bunga. Pilih je nak bunga apa..banyak..Aku cakap, nak bunga tangan..dia akan bagi suggestion..nak 20 kuntum ke, 25 kuntum ke..kecik ke besar ke..

Pastu aku tanya, paling murah tapi cantik?? haha.. cheapskate kan. Dia pun bagi suggestion. Aku setuju. Senang sangat, tunjuk nak bunga rose merah, buh sikit rumput putih taktau apanama..pastu dia tunjuk, kita kata okay stuju..pastu dia zap2..5 minit siap. Tak bosan pun tunggu, sebab macam terhibur tengok dia gubah bunga. gila pro! Riben boleh pilih nak warna apa. Semua warna ada

20 kuntum rose. RM 60 sahaja. Murah kan??

Pastu, balik rumah buh dalam pasu isi air, letak dekat dalam almari. Sebab auntie tu kata jangan kena angin kipas, nanti bunga tu luruh. Boleh tahan 4-5 hari

Lagi banyak bunga, lagi bulat bunga ni

Okay, kat pasar kajang tu jugak terima tempahan untuk hias dulang tak silap. Tapi tak tanya harga. Korang kena pergi tanya sendiri..no telefon tak mintak pulak, sebab auntie tu hari2 ada situ..pergi je pasar kajang tu. Nak buat bunga untuk bagi kekasih hati ke, nak bagi bunga melawat orang sakit ke..semua ada. Harga pun murah. Bunga pulak fresh

Kalau nak lagi mudah, google lah bunga tangan nak macam mana..bawak gambar tu..tunjuk kat amoi tu. Tanya berapa harga boleh dapat. Diingatkan, pasar kajang memang sesak sepanjang masa..kalau seorang, boleh la park kat metro point. Tapi macam scary sikit ikut belakang pasar. Ala, okay je. Aku buat macam masuk rumah sendiri hahaha..manada orang masuk ikot belakang pasar. Pakcik jual ikan pelik je tengok. Tips ke-taktatu keberapa..bawak kawan. Serius rambang mata. Hehe

Itu saja. Till then, toodles! :)





1 comment:

  1. Nak tanya ros biru hidup ade x ??? Klu ade pm saya ea . 0126550889

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa