Sewaan barang

10 February 2014

Korean food

Bila husband busy dari pagi sampai malam kat luar, take it as advantages to cook something husband's dislike but wifey like it so much muahahaha

Suami paling tak bekenan makanan berupa sushi, kimbap..senang cite..korean/japanese food. Masa kat Malaysia, penat tarik dia pergi makan korean/japanese food lepastu dia macam nak taknak makan..the end, dia pegi carik nasik lauk campor. 

Kat London, korean food restaurant ada..tapi too expensive (o_o). Option? cook yourself. Rasa sedap ke tak tolak tepi dulu..tapi setakat ni masak sendiri semua rasa sedap muahaha

Antara korean food yang mudah nak buat sendiri kt rumah..yang penting ada laver, gochujang, sesame oil, sesame seed..macam2 korean food boleh buat..

 HEOTTEOK
Anatara manisan kegemaran korean time winter. Sejuk2, makan heotteok panas2. Fuhh~
Macam kita panas2, minum air kelapa sejuk..fuhh~
So, London sekarang winter..teringat-ingat kat heotteok..laju2 google recipe. Oh tak la susah. Bila buat sendiri, makan lah sampai muak
Kat korea, seketul ni 500 won ( Rm1.50)

Bila buat sendiri, bubuh walnut dengan murah hati (generous)

TEOKBOKKI
Easy peasy. Cuma beli gochujang. Tolong lah jangan pakai cili giling kat rumah, rasa dia lain sangat

Pergi je kedai, beli ni. Confirm rasa dia authentic

Kt UK, fish cake mahal. Sausage as substitute

Atau rabokki (ramyeon + teokbokki). Simply add mee segera


RAMYEON
Rasa megi korea sangat lain, rupa je sama. Unfortunately..megi korea mostly pakai bumbu tulang pork. Kat korea, memang dia tulis kat ingredient..kat Malaysia..dia tampal ingredient tu dengan english language, tapi tak tulis kat ingredient bone pork..so kita pun rasa macam halal..tapi sedar tak, diorang takde logo halal pun..so be careful there

The only korean ramyeon yang diyakini
Sumber google

. Kat korea, makan yang ni je. Tapi sempat rasa ramyeon seafood lah, ramyeon kimchi la..sedap gila..then dah bungkusan ke 10 baru tau semua ada bumbu tulang babi even dia seafood (-_-)

Masak tu buh telor, sosej..then tabur roasted laver..tambah gochujang sikit..pheww~terangkat

BIBIMBAP
Aku punya style bibimbap, campak2, gaul. takde nak susun bagai..haha..

Mampu nak sedia side dish satu2 banyak begini?? Tak de nye..

Dalam gambar tu, kitorang punya meja je takde pan grill..ko tak terliur tengok daging panggang diorang terbalik-terbalik kan..pastu buh sos atas..gemersik bunyi daging masa masak..nasib baik dok panggang babi..haha kalau daging..aku terseksa gak la disitu

Ini masa conference di Daejeon. Semangkuk bibimbap udang, 10,000 won (RM30). 
Tapi sedap gilaa jadi pejam mata je bayar
Laver, kalau boleh semua makanan buh banyak2. Sedap oi


KIMBAP
Antara yang memang selalu dibuat is kimbap tuna and kimbap daging. Lepastu tinggalkan untuk husband dengan harapan dia makan. Heh. Harapan la dia nak makan..

Googled. Kalau buat sendiri, tak payah potong takpa..ngap panjang2 tu huahaha..sedappp




SUNDUBU JIGAE
Ni fav jugak, tapi buh gambar kedai punya..lepas masak..takde nak snap dah terus ngap. Sejuk2 ni makan sup tofu panas2..



Recipe? google je..






No comments:

Post a Comment

terima kasih daun kelapa