Sewaan barang

04 February 2014

My pregnancy story

Ini cerita basi, dah masuk 3rd trisemester dah pun. Baring-baring layan sakit pinggang, tengok tangan kaki semakin mem-belon.. teringat moment first time dapat tahu im going to be mommy. We're going to be parent

Ini rahmat besar, Alhamdulillah. sebab aku penghidap hyperthyroid. Orang kata susah nak pregnant

Bayangkan....baru 5 hari kahwen..bawa mak mentua pergi homopati..Dr tu cakap awak boleh mandul. Depan mak mentua, yang ada sorang je anak lelaki. Bayangkan perasaan aku....meraung okey. Dalam hati la..haha..

Situasi Kejadian
Lepas raya, husband and I on our way dari parent-in-law's house kat Trong, Taiping to Bangi..tapi tak terus balik, husband pergi print 3D model kat damansara. So we decided to have dinner kat IKEA, jalan2 kat the curve baru balik. Sepanjang haritu, things I noticed yang membuatkan aku beli pregnancy test ialah

  • Lenguh pinggang macam nak period tapi tak period. Even lambat 3 hari, tapi lambat itu normal bagi aku
  • Badan rasa panas tapi tak demam. Lemah tapi segar. Apekah?
  • Asyik nak kencing, minum tak lah banyak pun
  • Masa lepak kat mamak tunggu husband print 3D model, I ordered FRESH ORANGE which I never did before. Tiba-tiba nak air oren? aneh
  • Bila lunch kat IKEA, tiba-tiba tak terliur pun tengok meatball. Nak SALMON. bukankah meatball ikea benda wajib makan bila singgah ikea? aneh ganda dua
Lepas beli, takmau makan. Mengada sangat

Tiba-tiba..lalu watson beli pregnancu test. Sorok-sorok dari husband lagi. Macam ape je. Rupanya dia tau aku beli apa haha. Ceh. Pergi toilet, tak reti guna benda alah ni. Lepas celup, letak tepi..basuh tangan. Konon cool takmau tengok. Padahal hati macam nak terhempas ke lantai. Mata jeling-jeling tengok strip test kat tepi sinki

Sekali tengok, hati terus terhempas kelantai. Bukan macam dah. Jap, 2 line? kenapa macam 3?
Salah kot ni. In denial

Beli strip test murah punya, jadi tak puas hati. Beli yang mahal sikit. Dari RM4 ke RM6. Cheapskate punya perempuan hahaha. Tapi tak terus test, konon nak bawa bertenang. KONON. Padahal dalam hati dup dap macam ape, akad nikah pun tak secemas ini...


1st test...
nak bagitau ke tak, nak bagitau ke tak

Sebab jammed teruk, kami singgah masjid TTDI untuk solat. Takut tak sempat. Apelagi, terus check kali kedua. BERTENANG KONON hahaha. Again, takmau pandang strip test, basuh tangan, tarik nafas panjang2..hembus...jeling strip test..oh god..is that 2 lines? kenapa pinky2 line dia..

2nd test

Lepas habis solat, I decided to tell husband. Masuk kereta macam masuk masjid masa nak akad nikah. Bedebar kemain..hahaha..I pun bagi la dua2 strip test kat suami. Dia buka, dia tengok. "apa ni?"

what?APA NI???? betuah punya laki. dia tak paham okei 2 line tu maksud dia pregnant. tak kan nak cakap.. I pregnant..gila malu time tu..dah la baru kawen. Nak pegi beli pad pun malu-malu lagi bahahaha

Tapi cakap jugak lah, 2 line tu maksud dia pregnant. Aku rasa perangai kitorang sama. In denial tu melampau sikit. Husband kata, jom cek doktor. Salah kot benda ni. Sedih gila dengar ayat dia. Dah la jammed teruk, lama betul rasa perjalanan nak jumpa doktor tu

Disahkan pregnant
Sampai klinik, cek air kencing. Masa kat kaunter..tergagap-gagap..haha..taktau ayat apa yang sesuai..words cik, saya rasa saya pregnant tu satu ayat paling berat macam ada emas dalam mulut. Lepas nurse tu cuba paham apa aku cakap, dia pergi jerit, eh tak. dia cakap kuat-kuat OH AWAK PREGNANT KE. BARU KAWEN EH..terus kata eh tak..bukan..nak. cek je..satu klinik tu dengar. 
Dibuatnya tak pregnant acane (-__-")


Sebagai kenangan, nah air kencing aku MUAHAHA

Rasa macam lama gila tunggu turn. Sudahlah tangan berinai, cek untuk pregnancy. Malu ya amat wei taktau kenapa. Bila kena panggil, Dr tu suruh duduk

Anak pertama ke?
Blur. Ha?

Ni anak pertama ke?
Saya pregnant ke??

Ha la awak pregnant lah ni. Tengok ni dua line
Sambil tunjuk result test. Then bla bla bla..5 minit kot..kena cas rm40. Ceh..beli UPT test rm 6 je. Haha


3rd test. CONFIRM. 4 weeks

Keluar dari bilik Doktor, laki aku peluk and cium aku OKAY DAH KENAPA BUAT DRAMA ramai kot orang. I know, dia happy. Aku pon haha. Sambil jalan sambil suami complaint..Apela Dr tu, bukan nak cakap "Tahniah, awak bakal jadi bapa". Ek eleh..drama sangat lelaki ni..

Terus sambung jalan-jalan kat uptown bangi pulak..cari makanan. MAKAN LAGI. Makan je keje aku masa awal pregnant..masatu taktau lagi, morning sickness bakal melanda week ke 9..azabbb..hahaha..


kek coklat wajib beli kalau pergi IKEA

\
Teh tarik NUIN wajib minum kalau singgah NUIN

7 sin choc. Tak best pun..sedap kek batik lagi haha..

Sedap gila nasi lemak ni tapi tak pernah amek tau nama kedai apa.boleh?

Lamb pizza, kedai apa taktau kt paradigmn mall. Sedaps giles

Pavlova serai. Bukan perisa serai
Semua kedai aku try pavlova, Yang ni...ok la..

Fav suami. Ala...goreng pisang seksyen 7 bangi lagi sedap la :P


 Hoi lapa tengok makanan sendiri post. Mak buyong makan cekodok bawang je ni..sobs..sobs..


2 comments:

  1. Alhamdulillah. kuasa Allah siapa yg dapat sangka kannn... :) hehe.

    menariknya tengok pisang goreng tuuu. mesti kriuk3

    ReplyDelete
  2. Berdebar kan...cik mah pun mcm tu juga...xtau nk gtau mcm ne..hehe...take care ye...xlm dh kn...

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa