Sewaan barang

17 February 2014

Photographer perempuan

Assalamualaikum, selamat pagi

Bangun pagi, tengok suami kat sebelah rasa tenang je. Teringat masa awal nikah dulu. Lepastu baru teringat, dulu niat nak review pasal photographer time nikah. Tak buat lagi

Ini lah sumber ketenangan. mutah haijau lah korang

Dia ni nampak je macam hati kering. Tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Dulu sebelum kawen tak nampak sangat taman-taman tu..haha..keringg je. Beday ke, anniversary ke..makan mekdi kfc je. Tapi bila dia dah start keje, ada la hadiah dia bagi. Pernah dia bagi aku patung dinasor. DINASOR ok. HAHA. Aku tanya hadiah sempena apa? Dia kata takde ape. Saja. Tengok patung dinasor ingat aku. takpe..kita layankan je..tak bawak pun semua hadiah dia datang London. Tinggal dalam kotak. Sebab aku lebih mencintai serbuk kari, kurma adabi, belacan, ikan blis, cili kering..kalao bawak patung2 tu, nanti aku kebulur. dasar

Ada satu hari tu, without any reason, dia bagi aku cincin. Dah la dalam plastik hitam, dia campak je kat aku, tutup pintu kereta. Heh??? Aku buka la, CINCIN??? Penat bedebar, dia nak ajak aku kawen ke apa. Dia kata, takdelah. Saja, sebab lawa cincin tu (-_-"). Gituu.. 

Dua taun kemudian baru dia ajak kawen. heh

Lepas kawen, baru tahu, perangai dia. Sweet okay. Hahaha. dont judge a book by its cover sangat

Oh, fresh flower pasar kajang je, pilih bunga, 5 minit siap. RM 60

Masa kahwin dulu, buat sehari, nikah-majlis belah perempuan..sehari. Nikah pukul 10, kenduri pukul 12. Nikah kat Bangi, kenduri kat Putrajaya Bayangkan betapa pack and serabutnya hari itu. Aku anak 1st yang kahwin, so pengalaman tu takde sangat lagi.. Even nak bagi jemputan after nikah makan kat mana pun BARU DECIDE PAGI NIKAH. Hebat?? haha. Dah la masak sendiri untuk 50 orang. Terima kasih sedara mara yang turut menserabutkan diri di pagi nikah

tok kadi buat lawak
Nikah simple je, jadi macam rugi nak ambil photographer riban riban


Disebabkan nikah tu amek masa 2-3 jam je..jadi macam rugi nak amek OP untuk 2 event. Sebab semua charge per event. Satu event seribu lebih. Kalau 2 evetn tak ke 3k? Aku dan suami student kot. Lepas kawen banyak lagi nak pakai duit. Maka terus cari kawan-kawan yang pandai amek gambar. Tapi demand, nak perempuan jugak.. ngee

Teringat seorang junior kt UKM. Dia amek gambar cantik. Terus mesej and tanya. Dia pulak okay je. Siap takmau mintak bayaran. Masa kat UKM, aku buat part time jadi laboratory demonstrator, kiranya mengajar la budak2 ni sikit. Jadi budak ni takmau amek duit. Mana boleh gitu..aku hulur la sikit duit raya..sebab masatu bulan puasa..

Husna ambil gambar sharp, I loike

Sekarang budak ni dah buka business photographer. Apa2 event pun boleh. Bayaran kena tanya dia, tapi sangatlah berpatutan. Sesapa nak photographer perempuan, boleh la tanya wan husna. FB dia WAN HUSNA.  Selain jadi photographer, dia juga model. Model majalah UKM haha. Lawa ok budak ni. Tetiba jadi cover magazine UKM, lepas cover magz ukm muka fatin liyana. patut macam kenal. Memang kenal pun

Ni la bunga masa nikah, ni jugak bunga masa kenduri. Jimatt

Gituu..veil  RM 10 pun boleh terbang2


.

Okay, tu je. Nak masak daging masak lemak cili api ngan sambal tempeh. Bye :)




1 comment:

terima kasih daun kelapa