Sewaan barang

02 March 2014

33 weeks : Keperluan Mommy-to-be

Asal baca je, ngantuk. Blur betul nak buat birth plan ni

Im not writing about bag hospital mak. Tak pack barang pun lagi. Because tak habis buat birth plan..walaupun isi online je..entah kenapa malas sangat. But I still manage to make breakfast and bekal untuk husband pergi kerja, cook for lunch and dinner, cuma kemas rumah je bertangguh..rumah tak penting, yang penting, perut kenyang hahah. dasarrr..

Dinner tadi. Hikmah roti habis, jadi "reti" nak buat roti puri..
nak cicah kari lebih waktu lunch tadi, rupa tak semenggah takpa..konsep: asal kenyang

Sejak pregnant, semua kita fikir pasal anak..sampai kadang lupa pasal diri sendiri. Eh whining ke? tak..tak..Cuma masa pregnant lah, macam2 benda kat badan kita berubah..kena cepat adapt dengan perubahan drastik ni..

Moisturize yourself in and out
"IN" of course means minum air kosong minimum 2L sehari. Air kosong tu boleh je subtitute with milk/jus buah. But the best memang air kosong lah..ini kata midwife..Ini memang kena buat sepanjang masa even tak pregnant pun..tapi bila pregnant, lagilah kena buat sebab baby need fluid. Amniotic fluid tu sentiasa reduce and topup dari fluid kita ambil.. cuma kadang2 lupa kepentingan minum air..tapi macam selalu je aku lupa ekeke..

Last week, my friend on her 2nd trisem pengsan sebab dehydrate..tapi sebab cirit birit. Kesian tau. terus insaf and minum air banyak2..kencing banyak kali pun tak pe lah. Sebab kalau tak, kulit kering sangat, dah la kulit menghitam due to hormone, flakes pulak..ape ke hodoh sangat diri aku ni time pregnant..sedih ok..

Ini indicator. Get youself 2L bottle, the end of d day, makesure habis

"OUT" pulak..get yourself a very good moisturizer. I used olive oil saje. sebab moisturizer/lotion biasa macam tak works sangat. Nak beli yang kualiti, too expensive. Anyone can suggest me affordable good moisturizer face & body? Even pakai olive oil, aku campur jugaklah dengan lotion..sebab nak wangi2..gitu..sedih part is, dah apply oil hari2..tapi still ada stretch mark sikit2..baru tau rupanya stretch mark tu colour merah..

Suruh suami pilih bau apa dia suka..dia suka stoberi (padahal tulis raspberi)

Masa mandi pun, nak pakai sabun and shampoo yang wangi. Baru semangat nak mandi. Winter ni, nak mandi..fikir banyak kali..haha..tapi bila mandi..lama gila. Thanks to sabun wangi2, and hot water. Sejam pun boleh sampai kecut2 tangan kaki..sebab best sangat..takmau keluar dari hot area..luar sejuk..so selalunya, sebelum mandi..I'll make sure heater ON. Lepas mandi, berlari pergi depan heater..bayangkan hippo berlari..*gelengkepala*

Compression socks
Flight socks pun boleh je. Im not sure when our kaki start to swell. Tapi aku start pakai socks ni sebab selalu rasa lenguh kaki bila bangun tidur. Jadi sebelum tidur, pakai compression socks..and the next morning..kaki feel better. Tak rasa sembab. taktaula kat orang lain works ke tak, but it perfectly works on me. Memula dulu tanya kat umi (my mom), umi kata tinggi kan kaki pakai bantal. Masalahnya 1) bantal tak cukup. 2) aku tidur sopan pulak sampai kaki boleh stay satu tempat. ekeke. So compression socks solution nya (^^)v

33 weeks, belum ada tanda sembab kaki
tapi muka, badan dah macam badak air. Tak de ke body suit compression? *over*

Birth ball
I find it VERY USEFUL bila tengah sakit pinggang..husb bought it at for me at my 3rd trisemester. Rasa nyesal tak beli awal2 pregnant. Sebab bola ni best..urat bontot yang macam tertarik tu rasa macam sooth bila duduk atas ball ni

Lepastu husband try duduk atas ni. Dia diam. Muka dah macam "ape yang best bola ni?". I can read his face okay. Dia ketawa je bila aku translate muka dia. Aku dah risau, takut dia tak boleh memahami betapa selesanya bola ni pada bontot preg woman. Takut benda ni jadi useless pada pandangan husb. Tiba2 haritu, dia dah macam acrobatic dah atas ni..sedap katanya..*phew*..mokcik lega..atleast dia paham jugak lah fungsi bola ni

I'm 155cm tall, guna 65cm diameter(D) birth ball
Kalau 150cm below, better pakai 55cm D birth ball

Birth ball juga help to ease labor. I don't know yet sebab tak bersalin lagi. Tapi kalau baca review..memang ramai yang kata ia benar. I start to question about birth ball ni perlu ke tak, masa tengok movie what to expect when you're expecting..Lepastu cousin beranak baru ni air ketuban pecah, tapi takde bukaan. Hence, c-zer. Aku dah freak out..haha..terus laju2 cari kaedah memudahkan dilation selain berjalan, sebab perut makin berat..nak jalan sentiasa pinggang dah lari graviti... even now I blogged while sitting on birth ball. Harap2 mudah la bersalin nanti.. (T_T)

Fiber UP
Time pregnant, perh susah gila nak control diri dari makan itu ini. Siap print out diari pemakanan seimbang, what to and not to eat..failed. Again, blame your hormone I guess. Untung sangat orang yang tak teringin makan macam2. Maybe sebab dulu aku salu question pregnant mommy, teringin sangat ke? Nah, rasakan..haha..so now I can feel you mommy..*nangis sama sama*. Tak tau nak describe macam mana bila nak makan sesuatu tu, feel "nak sangat" tu macam mana..but try to force yourself not to eat unhealthy food. Macam megi, makan tu sesudu dua, cepat2 istifar..walaupun dengar bunyi husband tengah slurp slurp makan (sambil kata sedapnyaaa..sedapnyaa..nak provoke aku lettu. cis. tapi..megi tomyam kot *nangis*)

kalau namanya dah makan macam2, mestila selalu kena constipation. makan sayur pun, kurang membantu..sebab nisbah junk food melebihi fiber..haha

But approaching 3rd trimester..dah slow sikit nafsu makan..dah boleh control mind..3rd trimester, tiba2 suka makan oat. Rasa macam oat tu sedap gila hoih. Bangun pagi, macam automatic panaskan susu mix kacang. Then mix oat, kismis, kurma or fruit (if available je). Serius, bangun pagi..memang membuang je sekarang. Lega betul

Kegemaran terkini, oat

Husband top up stock kacang banyak2 untuk anak isteri (aww, anak. ekeke)

but sometimes, sembelit jugak. Tak paham betul..macam2 dah buat still sembelit..sekarang dah 2 hari sembelit..semalam tidur, terkentut tanpa sedar kahkah (bukti, kalau tertidur selain keadaan duduk, batal air semayang), terus laki aku buka tingkap sambil berkata "ee, bau telor!"..aku macam blur..eh tak..aku tak kentut..betul..*in denial*..lepastu aku biarkan je, sambung tido seperti tiada apa berlaku..ibarat bau kentut itu pergi dibawa angin sejuk..kroh..kroh..lumrah lah orang kawen, kentut bau telor, sebelum kawen wangii. hahaha..sudah2 mengarut tu boleh?

2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. salam perkenalan daripada mak buyong. hehee. best baca cerita awak. sheila follow sini dan masukkan link blog kamu dalam bloglist preggymom tau. ehehee sheila nowdays pun suka makan kismis/kurma/delima sejak masuk 3rd trimester ni.. risau gila kot baca pengalaman kawan bersalin. nervous to the max ~~~

    ReplyDelete
  2. Wah,...bgusnyer persediaan...bab sabun nk mandi tu yg best tu...smngt nk mandi kan..

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa