Sewaan barang

07 March 2014

Internship di Korea

Ye, aku mengaku aku start aktif berblog sebab bosan ya amat..ahaha..esok masuk 34 weeks..lagi sebulan dah boleh beranak..jadi badan pn lemah longlai padahal bukan kerja teruk pun. mengada sangat

nak whatsapp member2 kat Malaysia amatlah payah, jarak Malaysia-UK, beza masa lagi..

Aku bangun, tiba2 group whatsapp dah habis bincang satu topik, bila aku masuk..takde sape layah kahkah..sedih okay. Takpe aku paham, mereka bukan sengaja..

dulu masa bertunang..bakal suami pun kat UK, aku kat Malaysia..communication kitrang macam hape je..1st week tu rajin aku tunggu..gigih tahan mata tak tidur..lepastu jangan harapla..lagi2 kalau buat experiment, balik terus flat. mintak mahaplah nak tunggu..kadang tu tak sempat tanya apa2, sehari 5 ketul je whatssapp. masing2 busy dengan life, bila time tak busy, sorang tido sorang bangun..

sekarang, member bercuti kat Bandung *ehemm*..aku usha jela instgram diorang..rasa mcam WEI BEST GILA KORANG, NAK PEGI JUGAK (T_T). Maka banyak lah memori2 aku selalu teringat time belajar..paling best kalau kitorang buat trip ramai2..conference ke..masa belajar 3 bulan kat Korea..*rindu*

KOREA
Negara 4 musim pertama aku jejak, sebab tu tahap jakun + excited tu over. Balik Malaysia, 15gb harddisk penuh gambar and video kat korea je (-_-"). Tapi tak pernah cerita detail. Sekarang dah lupa. hdd pulak kejap detect kejap tak..ni nak nangis ni. hahaha. Adik aku cakap, "akak ni tulis lah blog details pasal korea, atin suka baca. Tengok macam fatin liyana..semua pengalaman dia tulis". Kemain ko dik kan..kecik2 baca blog..ahkak tak reti nak menulis..membebel boleh laa

Ye, ahkak pendek..pakai baju caca marba..warna tak match takpe..socks pink lagi ahaks

Tapi sebab aku rasa..why not aku share..mungkin adik2 (eh, tua dah. ehehe) yang tengah study tu boleh apply..

MACAM MANA NAK APPLY INTERNSHIP DI KOREA
Aku pergi under program internship GIST. So kita cerita GIST je la eh. Uni lain ahkak taktau. Gist bukan dekat seoul tau, dekat gwangju. Kalau kat Malaysia ni..seoul macam KL, gwangju tu macam Penang la. GIST means Gwangju Institute of Science Technology

FISRT, korang mesti student either undergrad or master student. PhD tak boleh rasanya
SECOND, pergi ke laman web GIST >> GIST Internship program
Apply online. Tapi sekarang dah tutup.ehe he he..takpe..setiap taun dia open.

Yes, requirement dia leceh..korang kena go trough each department, cari supervisor mana berkenan dihati menurut subjek/projek yang korang minat..lepastu buat cover letter berupa karangan pendek. Kena mintak recommendation letter bla..bla..sila baca requirement, semua dia dah tulis

Tips : pilih yang ada background belajar kat Europe (negara omputeh memana laa), sebab supervisor ni boleh cakap english so diorang selalu ambil student international. Kalau tak, supervisor diorang pun ada jenis malas nak layan international student ni

THIRD Send original documents ke Korea (A.S.A.P). Tak ingat berapa ringgit..dalam RM 10 kot? Lepas dah send, seminggu kemudian email orang tu..tanya dapat tak document korang..sebab akak punya tercicir haritu.. menggelabah dah okay..rupanya terselit mana2 diorang tak perasan..ahaha

Lepastu doa tawakal jela tunggu result. Kalau tak dapat, cuba lagi..

BERAPA BANYAK YANG DITAJA
■ One-way airfare (economy class) 
- pergi tu naik lah MAS ke, korean air ke..nanti diorang bagi balik duit..dalam masa 3 weeks lepas sampai korea. Balik naik air asia je..hahaha
■ Dormitory accommodation (two persons per room) 
- bilik dia superb. Roommate tak boleh pilih..ditetapkan
■ Stipend of 450,000 Korean Won (approximately $400)
- duit makan je ni..sila menanbung untuk shopping dan jalan2
■Medical insurance during the Program period
- kalau pergi hospital/klinik, boleh claim duit balik

once dah berjaya, boleh baca part 2 pulak..next entry. Persediaan ke Korea, visa et cetera

Before orientasi, depan Oryong hall. takde sapa amek gamba, gigih set kat pasu kahkah. Suhu 0 degree C

Ni luar dorm. Nampak pintu? dia pakai kod. touch panel..

kalau sape tengok cite korea, selalu diorang tekan2 code kat pintu lepastu bunyik..haa..pintu dorm dia macam tu. So tak payah pakai kunci. balik Malaysia terbiasa tak bawak kunci, tekurung luar rumah HAHA

Blok kiri pempuan, kanan lelaki. Tapi tengah batu bata merah tu..macam bridge..

Yang aku panggil bridge tu, ada office untuk penjaga dormitory, atm, bilik pos barang, laundry room, student lounge, bilik tv, gym, bilik menari, study cube, bilik music, ruang makan..nah hamek lengkap gila semua..tapi nak bagi gambar nan hado..Gambar sangat limit sekarang, tak bawak hard disk (T_T)

Dorm separate laki pempuan..tapi jangan terkejut nampak lelaki kat dorm pempuan, normal lah tu
Lampu kat koridor and tangga, automatic on off. Ada orang, sensor detect, baru dia on. Jimat kan macam tu? aku suka. sebab malas cari suis lampu ekeke

Toodles. Nak pergi buat karipap. Mak buyung teringin :)



1 comment:

  1. Assalamualaikum awak. wahh sekejap je lagi sebulan tu. jaga diri baik2 awak. berpantang di Malaysia ke?

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa