Sewaan barang

28 March 2014

nak bersalin secara waterbirth please?

Gestation : 26w 3d
Place : Newham Hospital, London
Time : 9 am, 24 march 2014

Haritu suami ada submission, masak lah bihun goreng dengan harapan takyah masak lunch muhaha. Harini ada 4 appointment, rasa macam orang penting sampai 4 orang nak jumpa. Obgyn 2 orang, sonographer and doctor thyroid. Jalan kaki secara lalalalala~walaupun ke hanya hospital 8 minit jalan kaki, nyesal sebab pakai seluar selapis. Sejuk oi 3 degree je pagitu rupanya..


Sampai antenatal clinic, I have four appointment today..oh you're so lucky because you have 4 appointments..everyone want to meet you. Iyelatu. Maksudnya aku ni bermasalah. Banyak nak kena follow up

Di UK, scan hanya 2x je unless u have prob. I have hyperthyroid, so scan 5x untuk monitor baby growth. First, depa suruh scan..sonographer kata semua okay..berat baby 2.18kg. Bila aku tanya, kecik la kan?? dia kata tak lah, normal je. ye keee...~ *musykil*

Last scan

Then, Mr maplethrope panggil. First time ni jumpa obgyn laki. Rupanya obgyn aku untuk hari itu, Miss shah cuti. Takpe, bukan buat apa pun. Tengah bincang2, sekali dia kata I have to check your opening

Tak buat apa la sangat kannnn..ok kena seluk DENGAN LELAKI. first time rasa kena seluk. Dulu imagine what is seluk?? macam blur blur, haha. okay. sekarang boleh imagine seluk tu apa. Sakit? ha'ah. tangan omputeh besau kot. tapi wat cool je la. Sebab.. dah tu nak buat cemana lagi??haha. dah memang prosedur. Its bearable pain, so don't worry too much. tapi malu tidak bearable. malu gila weii *redho*

Sebelum aktiviti seluk tu, kitorang bincang pasal baby growth. Doktor nak Induce. Aku macam in denial je dengar bila dia cakap THIS WEEK. sebab dia ni cakap style macam main2. aku gelak. dia ni dok buat lawak apa. Siap cakap, ikut hati saya nak induce sekarang. Aku cakap..hang ni lawak laa..mana boleh harini, beg apa pun tak ready.

Baby's growth. Baby's condition is not good

Dia terus call maternity unit, tanya bilik ada tak. lepastu  cakap ...okay, pukul 8 pagi. Hari jumaat, mai datang hospital. Kita induce

eh..dia dok buat lawak lagi..lepas aku gelak2..dia kata nak cek opening..terus aku diam. erk, opening? seluk la kan? tak gelak pulak ko kan.....haha..then aku kata lah nak loo. padahal nak call suami. Carik lah phone, hoi phone ni menyorok mana pulak dah. terus dia offer tolong jaga duit haha maka kantoi laa carik telefon. Kena lah sound sejibik you can tell him after this. Now, the baby decide for you. kiranya aku tak boleh pilih dah la..

masalah nya bukan call nak pilih date, tapi..nak bebel jap. tekejut ni. lagi tekejut bila tau nak kena seluk dengan lelaki. nak gi bebel jap dengan suami. Aku jenis terkejut, kena bebel bagi excite state tu lower balik ke normal state. last2 aku bebel dalam toilet depan cermin

Lepas dah proses seluk tu, sambung argue dengan Mr mapletrope..boleh tak nak minggu depan..dia bezikir lah the baby decide for you. Its not your decision kat aku. Siap cop, sign, sediakan IOL punya description...Iye lah..redho kan je

maka..begitulah..berakhirnya..
impian beranak secara waterbirth
muhehe

lepas tu pergi buat birthplan dengan midwife. Sepanjang buat birthplan tu, suka benor mr mapletrope masuk discussion room tu kacau kitorang. Dia memang hobi kacau orang kot sampai 5x kluar masuk. Note dia hilang pun datang semata nak tuduh aku curik (-_-")

Gajah ke apa ni #36 weeks

sendiri rasa amaze tengok badan sendiri. Sebab kat rumah takda cermin besar
bila tengok, terkejut, ketawa HAHAHA


I did mention..this week 36w gestation..less than a month boleh jumpa baby..tapi Allah SWT lebih tahu
I'm going to meet my baby this week. phew. Bila kawan tanya bila beranak, aku jawab..

"jumaat nih aku beranak"
"eh ko macam nak g meeting je kan" 

haha

bukan. aku manusia biasa yang tahu nervous. tapi malu nak merintih. peristiwa MH 370, peristiwa di Syria...buat aku malu. Sakit, tapi macam2 nikmat aku dapat. Diam lebih baik. Redho. Find hikmah..Atleast boleh buat preparation. I keep myself optimistic as I can

Suami? heh..dia sentimental sikit..dia yang sedih..penat aku cuba tak merisaukan dia..sekarang ni asyik peluk aku sejak isnin..haha..dah kenapa mamat ni..

Eh jap, hari ni Jumaat 

Ok bye, doakan yang baik2 please *nervous*





3 comments:

  1. Wah..bnyk tu appoiment....moga segalanya dipermudahkan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. semoga dipermudahkan ya. nervous pula sheila baca ni...

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan.... amin... eh dah bersalin ke??

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa