Sewaan barang

17 March 2014

Pilih baju baby

Selamat tengahari!

Sekarang dah 35 weeks, tapi baju baby baru 8 helai. Lepastu kena sound, "ko tak cukup baju baby jangan menggelupur..nak pantang lagi..kena basuh tangan pulak tu..takda orang nak basuhkan..berani ada 8 helai baju je?" ekekeke..

Maka semalam dah cop husband, pesan jangan pergi kerja..suruh bawa jalan beli barang baby. Susah benor laki aku nak free kan diri

ke nearly new sales kita~ Sekarang dah masuk spring. Fav weather!
Still sejuk, tapi orang lekkk je pakai shorts. Aku jela pakai jaket lagi

Nearly new sales ni macam carboot la..ada jual barang baru and terpakai..sebab tu jualan-hampir-baru namanya. Untung2, dapat baru dengan harga secondhand. Mak sukaaa~

Sebelum masuk, kena brief dulu, kaunter food mana, kaunter bayar mana
Feeling2 confession of shopaholic versi mak mak bila kena beratur ekeke

Sapa member, bleh masuk awal 30 minit (T_T). So member dah grab semua barang best. 30 minit macam2 boleh sambar okey. Takpe, redho.

Baju ni je yang sempat dirembat. Cukup dah la ni..

Confuse sebenarnya pilih baju baby. Bukan sebab dia comel je, tapi nak agak size tu..payah benor. Sebab baby tak lahir lagi, so taktau debab mana..untk selamat..campur2 je semua..lepastu confuse lagi..nak beli banyak mana..sebab takmau la terlebih beli. Membazir amalan syaiton (read : takde duit, kahkah)

So conclusionnya, faktor menyumbang ke-confuse-an pemilihan baju baby terbahagi kepada 3 :
1) tahap kecomelan : lebih comel, lebih menggugat iman. Iman rendah, maka terlebih beli
2) saiz yang masih menjadi tanda tanya
3) kuantiti : dipengaruhi tahap kecomelan. lebih comel, maka tanpa sedar beli terlebih

So...solutionnya...checklict bebeh..walaupun CONFIRM terlebih beli daripa checklist, tapi atleast boleh sedor diri cepat..haha

Checklist rekaan semata-mata dengan zero anak 

Takde pengalaman lagi, lebih baik tanya yang lebih pro..ini pun bedasarkan anggaran tahap kerajinan membasuh..plan nak basuh setiap 2 hari..basuh tangan aje..

Kemeja pulak saja beli untuk jalan....walaupun ke hospital je, konsepnya anak begaya..mak sememeh takpa..haha..mak kan salu fikir nak dress up anak, kalau gegeirl dengan headband bunga lagi dah doploh jenis bunga...ekeke.. Diri sendiri asal selesa sudeh. Eh aku je kot gitu, orang lain semua vouge je aku tengok

Berdasarkan pembacaan..I made conclussion..
Stage 1, 0-6m : Baju tak kotor sangat, begerak pun setempat. setakat muntah susu lah kot. Sediakan banyak kain lap
Stage 2, 0-12m : Baby dah start makan, move around alot. Baju asyik kena tukar sebab kotor

Sebab tu end up dengan kuantiti ni je..tak nak ambil kira present dari orang..sebab kat sini sapa nak bagi hadiah kat baby haha  (T_T)..lepastu suka tengok baby pakai baju fit, baru la rasa nak gomol

Dulu, confuse jugak..kenapa banyak betul jenis baju baby ni
Sleepsuit - an all-in-one suit Covers feet and some have little gloves you can pull over baby's hands.
Rompers - like above but with open feet and hands
Bodysuit/vest - Long-sleeves, short or sleeveless available..poppers fasten underneath nappy and keep everything snug.

Haruslah lepastu ajak suami beli belah melalui tingkap (window shopping je)

Nak cari body butter, satu badan kering tahap apa dah. Minum air 2L dah, pergi toilet sampai kena tukar spentot banyak kali sehari..tapi still kulit kering. Blame hormon. Jadi ajak husb pegi VS, menonong masuk. Sekali toleh belakang, aikk mana laki aku? dia kat luar. bertuah. Asal ada lingerie dia blushing, beg lingerie pon dia takmau pegang okey

Tak kira, tarik jugak masuk suh pilih bau mana best. Sekali bau..rasa macam fening..hormon jugak ke?
end up pergi kedai 99p (macam kedai RM5 la), beli sebotol..haha..
Lepas makan, balik. Mak buyung lenguh badan. Nasib barang lain banyak dah setel

Tips nak fish & chips yang sedap, pergi kedai omputih
Kedai biasa yang selalu tulis halal tu tak berapa sedap
Eh sos tu seketul 20 pence ok. Untung dok mesia, preee je


...


Takde terbeli apa2 yang takde dalam list ke? 
EH MESTILAH ADA hahaha

antaranya...

INI
Bapak borek, anak rintik

anyone can resist this cuteness?
I CAN'T

Selamat berhujung minggu!
Toodles :)









No comments:

Post a Comment

terima kasih daun kelapa