Sewaan barang

04 April 2014

My labour story : bukan waterbirth, tapi induce labour

Impian ber-water birth musnah bila last scan menunjukkan penurunan graf pertumbuhan bayi

(T_T)

A week before. masih berjimba makan eskrim pada suhu 6 degree
orang lalu lalang pelik je tengok


Sabtu lepas, 29hb..plan nak ke nearly new sales market lagii cari barang baby..sekali rupanya baby keluar 29hb. Ha'ah. I am officially upgrade my self as mother. hehe

Lagu Yusuf Islam berkumandang~
Afer Allah, And Rasulullah
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father


Nama masih belum official but we keep calling him ADAM since dalam perut lagi. Nasib baik betul keluar boy..kalau girl tak ke haruu~

SELUK
Last entry, ada cerita pertama kali kena seluk. Dengan tangan mat salleh yang besar gabak pulak tuh. Sabar je lah

TAPI

ada doktor pempuan muslim comel seluk laaaaagi sakit. Maka kesimpulannya, tahap kesakitan seluk bukan bergantung pada size tapi pada skill orang tu. Sebab sebelum Dr Comel tu seluk, ada midwife seluk masuk ubat induce..tak sakit pun??

Pengalaman seluk aku ramai..mat salleh giant, muslim Dr comel, midwife medium size and last..Dr nigerian yang sama size dengan mat salleh..haha..mak redho.. (T_T)

INDUCED BIRTH
Pagi Jumaat, aku masih cool. Pergi hospital macam nak buat regular check up. Siap pergi lambat..janji pukul 8, tapi 8.05am baru terhegeh masuk kereta. Siap bawak birth ball sendiri uols. Gigih kan

Tapi bila sampai, masuk ward pukul 3 petang. Tak rasa nak jadi hulk? tak pun..aku siap tido air liur meleleh kat meja menunggu.. Suami siap pergi beli ps3 untuk abang ipar..situasi kami lansung tidak menggambarkan "perempuan ini nak bersalin. sakit kedua paling sakit lepas azab tarik nyawa"

 Siapa yang nak beranak sebenarnya ni

Masuk je ward, orang bagi makanan. Jadi mengapa perlu berdukacita? makan fish and chip dengan gembira. Pukul 6, setelah tertidur posisi kuak lentang sejak habis makan..baru lah start induce. Induce ada banyak kaedah, kaedah Mr mapletrope bagi ialah prostaglandin. Drug paling lemah. Cara? seluk. Huaha..ada yg inject..aku style seluk..takpe.. I sukaaaa sangat (T_T)

Lepas seluk hati gembira dapat lamb curry pulak..
berebut laki bini makan choc fudge with ice cream

Sejam kemudian, baby's heart monitor menunjukkan kegelisahan bayi dalam perut. Dia tak suka kena paksa, dia tak mahu. Bagus. Maka laju laju midwife keluarkan ubat balik. Oh takyah seluk, ada tali dia tinggalkan di luar faraj. Tolong imagine. HAHA

Tapi dah ada bukaan, 1cm (haah, seluk lagi)

Maka aku dipindahkan ke labour suite. Suite dia memang taraf suite la kan..tapi..suite ini tak de guna pun..sakit contraction sama je. Macam sakit senggugut tapi level sakit berkala..setiap 10 minit..Midwife bagi gas etonox and pain killer, barulah boleh melihat ketenangan suami tidur berdengkur kat sebelah..masani mild contraction..so masih boleh buat peace, senyum, jalan2 dan kacau suami tidur. Tapi dia tidur takde effect aku kacau..hello..wife awak ni nak beranak kat sebelah ni..ish ish..

29hb Mac 2014, 9 am..esoknya
Dah start rasa kontraksi yang kuat. Sedang elok kesan drug pain killer habis..memang merasa laa kan..siap suruh suami kira berapa lama contraction..selang berapa lama..stiap kali sakit contraction datang..memang tabah dia urut pinggang aku..tq husband..I smurf u

Sejam kemudian datang la Dr buat rondaan. Aku bawah Dr lelaki. Ni sapa cakap dok UK best dapat midwife pempuan?? Mak dapat doktor laki noks. Dr nigeria lagi. Aku tny Miss shah..awat dia tak jaga aku..kan dia obgyn aku..dia kata dia busy (-_-")


Nampak beg kertas coklat?? tengah beranak pun dia bagi sandwich cheese..haha

Sebenarnya memang midwife which is perempuan mostly yang jaga..tapi sebab aku tak pandai push, depa panggil Dr.. and Doc yang jaga aku tu miss shah bagi lelaki (T_T). 

Masa buat rondaan tu, contraction aku memang kaw kaw punya sakit. Susah nak explain by word. Rasa sendiri la eh ? :P.. so memang dan tu jugak Dr nak cek bukaan..aku cakap wait after next contraction..dia pun tunggu laa situ dengan tangan dah ready..4 cm. Aku rasa macam nak pengsan. 18 jam baru 4 cm? sabar..

ITS TIME TO PUSH
12 tengahri approx je la..aku suruh laki aku panggil midwife..sebab rasa nak berak..tapi bagitau kata nak push la..eh I pun baca pengalaman orang ape..nak berak means nak push..So yang dtanag Dr lelaki tu. SELUK LAGI? aku dah tak heran masatu..tak sempat dia seluk.."my water just broke"....macam belon kena pecah rasa dia..that's very good..you're doing a great job..hang in there..bla bla kata pujian..eh pujian je aku dengar..lepas seluk, sah..fully dilate..oh laju jugak dari 4cm ke 10 cm amek masa 2 jam je?

Terus kelam kabut diorang prepare untuk aku..tapi malangnya..ahkak tak reti push..Setiap kali push, tanya "dah keluar?" haha..padahal tau belum. 2 jam jugak la push..tak keluar..macam macam posisi buat..bediri duduk cangkung tiarap..sampai tahap..aku cakap tak larat dah..takde tenaga..bedah lah saya pleasee.. aku siap tido bila takde contraction..yela..malam sebelum mana dapat tido tahan contraction 18 jam..penat pheww

Bangun je tetiba ramai dalam labour suite..ape yang terjadi ni? tapi aku diam je tak larat and blurr..rupanya midwife dia tekan emergency button dengan sangat tenang kata husband. Lek je dia tekan, datang segerombolan Dr berlari..macam dalam movie tu haha..

Maka dalam masa tak sampai sejam, dengan episiotomy, baby boy selamat dikeluarkan. Moment baby keluar moment paling lega. Ibarat sembelit telah melalui fasa perlepasan..

Dapatlah merasa moment yang orang letak bayi kat dada sambil nangis tu..tapi versi aku..laki yang nangis..haha..aku nak tido je masatu..

Aku sangat berterima kasih dekat Doktor2 semua..semua lelaki..ada satu handsome. eh sempat. haha. Dr nigeria yang jaga aku tu..sangat pro..dan baik..taktau kat Malaysia macam mana, tapi kat sini..apa dia nak buat semua dia cakap..I'm going to____, u'll feel a bit ___, then u'll ___..semua dia explain..aku tengah sakit ni pun gigih mendengar angguk2 je la..Sorang lagi Dr ajar aku push..rupanya cara aku push salah..haha..rasa macam betul dah?

take a deep breath, hold, and push..no..no..don't let your voice out..no voice
take a deep breath, hold..no no..that's wrong..take a deep breath again..yes..good..
take a deep breath, hold, push..no voice, no voice..yes like that,good
no contraction? ok lets wait

Bila aku jerit contraction! die bezikir lagi take a deep breath, hold, and push..hehe

take a deep breath, hold, and give a BIG push..almost there..almost there..oh no
its ok again
take a deep breath, hold, and give a BIG push..almost there..almost there..goog goog..keep it like that..good good..

ha lebih kurang gitu die tabah ajar aku..lepastu aku mintak maaf kat semua..semua kata aku bagus..
ye la tuuu..haha..tapi semua tak marah pun..itu yang terharu..ada 3 jam jugak nak beranak tu..tinggi betul kesabaran mereka

oh yang dr handsome tu die standby untuk baby..baby keluar je dia check. gitu. Tengah proses jahit tu..dia datang explain baby's condition..pelat S rupanya..haha

Sampai di sini je lah cerita pada hari ini..nak details bius, potong, jahit luka, keluar plasenta semua jugak ke? hew hew..aku pun taktau, husband tau sebab die tengok. Die kata dia nak pengsan..haha


Memilih menu nak makan apa yang paling best


esok baby Adam dah masuk seminggu (^_^)


4 comments:

  1. assalamualaikum awak. Baby Adam dah seminggu? wahhh selamat berpantang mommy. lama gak awak sakit contraction kan. syukur semuanya dah selamat. nanti buh gambar baby Adam buat tatapan sini ye ~~~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selamat melahirkan bby adam...xsbr nk tgok bby adam...selamat berpantang...

    ReplyDelete
  3. hahah..lawaklah mummy adam ni..no feeling..waterbirth for 2nd baby ok..pnt je study..haha
    tikasalleh

    ReplyDelete
  4. Tahniah2 sbb dah bersalin...sue still tunggu hari lg ni bile la baby nak keluar..hik3...cpt2 up gmbar baby adam..xsabar nk tgok..hehe :) selamat berpantang..

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa