Sewaan barang

03 May 2014

breastfeeding journey : kelam kabut

my precious adam,born with 2.3 kg weight

as new mum, cabaran tu terasa bila dah ada anak
Sebelum ada baby, rasa macam keyakinan tu tinggi bila konon nya dah well prepared pasal penyusuan ibu ni
Tapi bila baby dah keluar, susu macam tak keluar..terus blank

Dulu, aku pernah tengok adik lahir je mak dah ada susu. Memancut lagi uols. So memang keyakinan susu akan keluar lepas baby lahir tu tinggi melangit

unfortunately, it doesnt happen to me (T_T)

Baby lahir je, diorang letak atas dada kita. Moment paling tak boleh lupa seumur hidup. Lepas bersih2, Doktor cek baby semua okay..mereka bagi baby untuk susukan baby.. Alhamdulillah, baby pandai latch. Lega dah kat situ

Tapi kenapa die tak teguk macam telan air tu?midwife kata jangan risau, susu ada. So I keep breastfeed. Sampai baby tidur

Lepastu malam tu tak boleh discharge dari labour suite sebab glucose level baby 2.5. Sepatutnye 2.6 keatas. Doktor kata its normal sebab baby kecik..2.3kg je..tapi still, nak jugak naikkan. Aku dengan husband ape lagi..3x kali tahnik bergilir2 secara diam2..malangnya diorang bagi jugak formula milk. Memang redho je la time tu. dalam sejam glucose level naik 4.6. Baru bole  masuk wad menunggu untuk discharge esok pagi. Kalau tak, bole tembus kaki anak aku asyik kena test darah *over*

Malam, still bf secara berkala 2-3 jam..tapi rasa macam baby tak kenyang sebab rasa macam takde susu pun?? I didn't know, baby masatu minum satu sudu kecil je

Esoknya discharge, ktorang beli susu formula sebab takut baby kelaparan (T_T) *well prepared la sangat*

Hari kedua, aku try pam. Masa kt hospital bawak je pam tapi penat gila tahap duduk boleh tidur tanpa sedar..tapi pam tak keluar ape pun..masatu terus blank, baby nangis bagi formula

Jadi nampak tak? kalau rasa ilmu cukup, jangan yakin sangat.real experience lagi mengajar kita. Jadi jangan lawan cakap orang tua. betul mereka lebih banyak dari betul kita. eh tiba2 insaf ke apa ni. hehe sory umi ayah..selalu lawan cakap :P

Hari ke-3 aku mengemas rumah sebab stress tengok rumah sepah (T_T)
nanti orang datang melawat baby cemana. Memang 3 hari tu tak pantang and kurang rest, makan pun berterabur. Otak penat, maka cepat blur. Anak nagis, sumbat formula. Rasa nak nangis je. Eh nangis dah HAHA

Lepas ngemas, rest kejap..tatap lah wajah anak. Syahdu2 sendiri cakap "ma takde susu..". Nasib baik lah suami ada, dia bagi semangat. Aku try pump, minum air halba, urut dengan air panas, tuam. Still tak keluar susu..

tapi

esoknya..rasa macam sakit. try pump akirnya keluar macam kolustrum tu dalam tak sampai 5 ml for both B. Terus sujud syukur, bagi anak cepat2.

dapat banyak ni pun kemain happy dia

So for first week, memang anak I campur susu (T_T). 2nd week, dalam sekali dua je dia minum FM. And now,dah sebulan lebih..Alhamdulillah..dah bf sepenuhnya..

Bagi mommy yang putus asa, jangan lah marah mereka. I can feel them. Kadang2 kita tak tau apa mereka lalui. Mungkin bagi kita memang boleh bf punya..tapi setiap orang ada masalah sendiri. Just pray for them, semoga anak seterusnya diorang lebih prepare

pengalaman aku ni baru tahap picisan je. Ada orang bengkak, bedarh, kering. Phew. I don't have that kind of prob..anak pun latching  dengan baik. Tapi anak aku suka blur, macam mak dia haha. Sebelum menyusu, temenung, dok main luah2.lepas minum 5 teguk..tidur, apekah?? seminit kemudian baru bangun dan buat mulut anak burung cari makanan..5-8 kali teguk tidur balik. blur and mudah tertidur. sounds familiar..HAHAH

Sabar je la. paling kurang 2 jam gak la menegempeng. nasib baik sekarang setengah jam je

Tapi setakat ni takde nipple confussion.Awal dulu, aku selalu pump and bagi botol, lagi cepat haha. laju je dia minum. selesa sangat kena pangku peluk2 kot tu sampai 2 jam menyusu. Nasib baik die boleh menyusu apa jenis teats pun..harap berkekalan peranga behave sampai besar

sekarang tengah baca cara nak buat stok. Kenapa rasa bebal sangat ni? rasa macam faham, tapi bila buat macam salah. Tapi sebenarnya betul. Apekah ini, apakah ini. baru simpan 50 ml dah serabut

*abaikan perempuan ini*


Adam dah sebulan! 3.6kg daripada 2.3 kg

toodles~ :)

psst, sapa nak medela swing RM350? baru guna sekali dua jek. masih dalam box and plastik. kindly email mefarae@gmail.com. ada satu jek sapa cepat dia dapat ;)

3 comments:

  1. eh..dah bersalin?

    tahniah...


    mmg pon..mase mengandung..kemaen lagi bila orang tanye 'Nak full bf ke?".. dengan yakinnye jawab.. "ye.." sambil senyum-senyum...

    lepas anak dah lahir...terus kelam kabut susu tak banyak........


    dicampor stress bila orang sekeliling suruh campur fm...konon sebab kita ibu yang bekerja..takot susu tak cukup nanti....


    dan akhirnye..mmg sekarang dah campur dengan FM....

    sodih..

    in shaa ALLAH..anak 2nd nanti nak try sehabis baik!>.

    ReplyDelete
  2. Yang..medela swing tu betul ke rm350? macam berminat je.,.

    ReplyDelete
  3. Farah, anak saya pun nama Adam =) dah 3 bulan sekarang...

    ReplyDelete

terima kasih daun kelapa