Sewaan barang

07 December 2017

Apa perlu bawa bila jalan dengan anak

Mommies...

bila jalan dengan anak, sila pastikan semua barang bawa ye..kalau tak, boleh huru hara..

kalau anak nangis, mommies kena keep cool..tapi kalau barang anak tak cukup atau terlupa bawak
ber hu hu lah kat situ dengan anak

untuk memastikan perjalanan dengan anak ni happy, kena sentiasa bersiap sedia
bukan masa nak ke hospital je siap sedia, lepas dah lahir, nak jalan2...lagi banyak kena sedia

so yes, diaper bag is A MUST
Boleh je guna beg apa pun..cuma nya diaper bag ni banyak compartment, jadi semua pun teratur lah
So kalau guna hand bag lepastu dalam dia penuh barang anak...nama handbag tu pun diaper bag jugak haha

Barang dalam diaper bag pulak berubah ikut umur..ada beberapa je yang tak kan berubah

1. Diaper
2. Botol susu / botol air
3. Kain lap & wet tissue

Yang 3 list atas ni, pergi pasar sebelah rumah pun WAJIB bawa, aku selalu je buat perangai tak bawak benda ni, end up baru sampai kedai anak berak, tengah pilih ikan anak nak air nak susu.

Benda berubah ikut umur dan berapa lama kita nak keluar. Kalau keluar dari pagi sampai malam, diaper kena lebih, susu berapa kali nak bancuh, baju kena bawak 2-3 helai, towel, sabun

new born - 6 bulan
- lampin bawa lebih sebab umur bawah 3 bulan kerja nya minum + membuang tiap 2-3 jam

1. Diaper 3-4
2. Botol susu/cover (kalau direct feed)
3. Kain lap & wet tissue (spray air + tissue, kalau tak suka wet tissue)
4. changing mat (incase takde toilet, boleh tukar atas kerusi je)

6 bulan - 18 bulan
-mostly semua anak baru start makan. siapa yang hanya makan makanan home made
- baju cepat kotor
-membuang 2-3 kali je sehari

1. Diaper
2. Botol susu / botol air (straw/sippy cup)
3. Kain lap & wet tissue
4. food + snack
5. sudu, bib
6. baju tukar
7. mainan sikit

Tambahan lain, ikut pengalaman masing masing. Bagi yang baru jadi mak, always prepare sebelum keluar rumah okay? seronok tau bawa anak jalan2 ni..sebab anak nampak happy bila kita bawa mereka keluar


01 December 2017

Kisah diaper bag

Hai mommies~

harini seorang lagi anak buah lahir, 3 hari tak keluar dari perut mak, induce pun dah..
akhirnya~bedah..tudia 3.8 kg..mak pun kecik comel aje ha

Selalunya anak first macam tu la, laluan tak buka lagi orang kata
Anak kedua biasa puff...tiba2 dah keluar haha
Anak ke tiga empat dan seterusnya tak tahulah sebab kami baru anak dua hee

so,

topik kita harini pasal beg nak pakai bila anak lahir nanti

eh? 

tak boleh ke pakai beg sedia adaa

tak pun

jadi macam kami dulu, backpack huband pergi kelas! haha..sebab masatu mahei nau la diaper bag.
masatu duduk UK, memang tak beli bag la sebab diaper bag paling murah 100 pound. Beli hand bag lagi best, kt UK semua handbag rasa nak beli

Lepastu tak pernah nampak kepentingan diaper bag, semua masuk dalam hand bag je..masatu memang jenis hand bag gabak..tadehal..paling takleh blah, guna beg medela fresstyle je..memang tak fikir nak beli diaper bag lansung lah

Hianggalah lahir anak no 2, setiap kali keluar huru hara..haha..tak biasa kan..terus cari diaper bag sebab tak logik nak pakai backpack biasa dah..beg tangan pun tak muat barang dah..

kat kedai semua bag simple dimple..memang husb nak beli dah..tapi aku tak bekenan..taktau kenapa
nak kata cerewet tak jugak..tapi laki aku cakap..aku kalau tak suka memang tak suka..hahaha..betul lah tu


Imagine tu aku sambil layan anak bahaha

Tidak ye, anak dua tak sempat jadi ibu mithali begitu. Anak dua disini maksudnya seorang sebulan seorang setahun 6 bulan..kalau seorang 6 tahun seorang sebulan..lain ceritanya..mungkin boleh macam gambar di atas

Lepas memiliki skip hop duo deluxe stripe...wow sangat nama beg..kehidupan lebih teratur..sehinggalah...baby sebulan tu dapat kaki..

beg ni dah jadi leceh. sebab? aku tak boleh nak lari pecut watson nyambek ke kiri ke kanan..anak sulung tu lelaki, dia punya lari tu memang pergi tak kan kembali..beli safety harness tu pun tiada guna

skip hop  aku style sling bag, berat pulak tu..anak dua kan..double lah barang..terus nyesal tak beli back pack..tapi 2 tahun lepas nak jumpa diaper back pack nan hado yang cantik..even forma skip hop pun aku tak berkenan..eh mengada lah kau ni

until I found this

and
.
.
.
.
.
THISSS!

Harga satu beg RM 129 je. Good bargain!

satu bag travel jauh, satu bag jalan jalan
Tak tahan tengok beg comel comel

dengan beg ni boleh la tukar tukar style
agak agak anak behave, sling kan aje
bila anak tengah hyper, back pack bag mode on..gituuu
.
.
.
hanya mak yang selalu travel sorang sorang faham betapa diper bag ni penting







24 October 2017

I'm back and guess what??



I am 222 weeks pregnant according to this! bahahaha



Kemain orang lain 40 weeks dah susah hati baby tak nak keluar. Lama sangat tak jenguk blog ni. selama 222 weeks = 4-1= 3 tahun!

Dari ramble pasal mencabarnya jadi mak tiba tiba anak dah DUA!

Anak no 2 dah dua tahun pun

and taun depan oficially 3 series

wow~

08 July 2014

hi Malaysia!

Assalamualaikum,

short update. kami tiga beranak dah balik Malaysia for good!

mihmihmih

order barang UK-MALAYSIA
 2 weeks before and 2 weeks after memang sangat memenatkan. terlaul banyak benda nak kena settle. tiba2 masatu la jugak barang jualan sampai. lepastu masatula jugak internet takde, bila ada selooo sangat. memang menduga iman sungguh

update 24/7 : korang yang order barang..orang shipping kata lepas raya baru dapat barang. sory ye :)

minta maaf sangat bagi yang dapat barang lambat. taktau nak explain macam mana kat customer. tapi 2 je yang dapat lambat. lambat 3-4 hari. tapi believe me, bukan sengaja..huhu..barang sampai jumaat, jadi patutnya shipping isnin. masatu I still kt UK isnin tu baru fly so semua sis in law uruskan. sebelum ship memang dah balut siap letak alamat semua tiggal nak pos, tapi member sorang ni tak dan balut sebab ambil order last minit. malam org ship dtg, petang tu husband gigih ke town beli barang tu then trus masuk kotak shipping. jadi kena tunggu I balik malaysia pula untuk balut dan pos. sebab sis in law tak berapa sihat. sampai nye isnin, rabu baru dapat pos. yang sorang lagi pula special case bawa naik kapal terbang. sebab nak bagi cepat, I pesan member bawak balik. nampak tak gigih nak bagi customer dapat barang cepat. jadi minta maaf dan minta tolong memahami keadaan diriku ini. *syahdu*

barang ready stock pun tak ter-upload gambar lagi. lagi2 bulan puasa ni, dengan cuca yang panas, buat semua kerja jadi seloo. tambah anak lagi. jadi kalau reply lambat, maaf sangat. bukan lari, dont worry ye

lepastu order open bulan 9 (kot) sebab sekarang masih kelam kabut. rumah pun tak dapat lagi, duit pun sesak nak buat modal hew hew

ewah kemain banyak alasan. hehe ampun. senang cerita, semua pun tak organize lagi. serabutnyaa *stress*

Transit di Istanbul
perjalananuk-malaysia sahaja makan masa 15 jam sebab kami transit kt dubai. kalau direct maybe 12-13 jam. sempat lah melawat hagia sophia, beli sovenir sebarang dua, makan makanan turki. lama tak dengar azan, tiba2 kt turki azan everywhere, masatu rasa rinduu sangat kat Malaysia. Memang 4 minggu tu keje jalan je. jadi encik adam usia 3 bulan tu memang kami hangkut 4 minggu ni pergi mana sahaja. tak nyesal beli baby carrier sebab adam berat hokey 5 kg tu usung kesana sini. takpe yang penting semua selamat Alhamdulillah. Atok nenek opah tokmad semua dah dilawati. Jejak kasih gituu

em..

rasa macam banyak benda nak membebel tapi macam perlu offline sekarang. cuma buat short update untuk tatapan para customer Uk4u, kot2 reply lambat..diorang susah hati..dan untuk tatapan bagi yang bertanya kt email..ni pun baru dapat reply email semua orang. hp masih takde lagi ye. harap maaf. so whatsapp memang tak work lansung

till then, kalau mengizinkan ada lah lagi entri merapu lepasni mihmih
I kan suka membebel

bye bye




26 May 2014

eh, busy membesarkan bayi

sampai belog jatuh tangga terbawah to-do-list..
jap......

takde dalam tudulis pun!
nampak benor ada belog sekadar tempat membuang masa senggang

masa pregnant..tak larat buat apa..mengada sangat kann..so memang hadap belog orang je keje. padahal tesis tak siap hoi

lepas deliver, setiap masa bermanfaat gitu. cewah

busy sangat ke ada baby?
tak pun..apa susah jaga bayi..seorang pulak tu..kalau kembar haru la kot..sorang teriak, sorang lagi folo teriak..kalau direct bf..woh..busy busy

jaga bayi ni..bagi cukup semua..diam lah dia..Alhamdulillah anak ini tidak membawa masalah..kadang2 je mengada. bapak dia batuk..dia nangis..ape ke aneh..mimpi ngeri kot..tapi nangis kejap je. diam sendiri sambung tido.

kadang2 je mengada selalunya mudah.
Terima kasih Allah :')


tak bedung betul2 pun..just lipat selit..

sejam kemudian..

bila bayi tidur, masa tu la kita nak buat housechores..masatu la kejar2 nak makan..
masaalah utama..

bayi tidur mak pun tidur

baru lepas beranak badan penat tau. penat2 pun sempat jual nasi lemak hehehe..
cuba suruh lelaki mengandung. aku banyak kali tanya husband..nk rasa tak? jawapan yakin TAK haha..lepas beranak..which dia tengok semua proses..lagi la dia kata TAKNAK..aku beranak dia yang nangis..hahahaha..eh tak lawak lah

ada baby ni penat. yes. regret? lansung tak. blessed lagi adalah

eh rindu bayi berambut ni. sekarang dah jadi abang jebat foo


jom, cerita masa berpantang!pantang time musim winter ni mencabar jugak lah..dah semua kena panas tapi luar sejuk..


krohh..krohh *tido*



03 May 2014

breastfeeding journey : kelam kabut

my precious adam,born with 2.3 kg weight

as new mum, cabaran tu terasa bila dah ada anak
Sebelum ada baby, rasa macam keyakinan tu tinggi bila konon nya dah well prepared pasal penyusuan ibu ni
Tapi bila baby dah keluar, susu macam tak keluar..terus blank

Dulu, aku pernah tengok adik lahir je mak dah ada susu. Memancut lagi uols. So memang keyakinan susu akan keluar lepas baby lahir tu tinggi melangit

unfortunately, it doesnt happen to me (T_T)

Baby lahir je, diorang letak atas dada kita. Moment paling tak boleh lupa seumur hidup. Lepas bersih2, Doktor cek baby semua okay..mereka bagi baby untuk susukan baby.. Alhamdulillah, baby pandai latch. Lega dah kat situ

Tapi kenapa die tak teguk macam telan air tu?midwife kata jangan risau, susu ada. So I keep breastfeed. Sampai baby tidur

Lepastu malam tu tak boleh discharge dari labour suite sebab glucose level baby 2.5. Sepatutnye 2.6 keatas. Doktor kata its normal sebab baby kecik..2.3kg je..tapi still, nak jugak naikkan. Aku dengan husband ape lagi..3x kali tahnik bergilir2 secara diam2..malangnya diorang bagi jugak formula milk. Memang redho je la time tu. dalam sejam glucose level naik 4.6. Baru bole  masuk wad menunggu untuk discharge esok pagi. Kalau tak, bole tembus kaki anak aku asyik kena test darah *over*

Malam, still bf secara berkala 2-3 jam..tapi rasa macam baby tak kenyang sebab rasa macam takde susu pun?? I didn't know, baby masatu minum satu sudu kecil je

Esoknya discharge, ktorang beli susu formula sebab takut baby kelaparan (T_T) *well prepared la sangat*

Hari kedua, aku try pam. Masa kt hospital bawak je pam tapi penat gila tahap duduk boleh tidur tanpa sedar..tapi pam tak keluar ape pun..masatu terus blank, baby nangis bagi formula

Jadi nampak tak? kalau rasa ilmu cukup, jangan yakin sangat.real experience lagi mengajar kita. Jadi jangan lawan cakap orang tua. betul mereka lebih banyak dari betul kita. eh tiba2 insaf ke apa ni. hehe sory umi ayah..selalu lawan cakap :P

Hari ke-3 aku mengemas rumah sebab stress tengok rumah sepah (T_T)
nanti orang datang melawat baby cemana. Memang 3 hari tu tak pantang and kurang rest, makan pun berterabur. Otak penat, maka cepat blur. Anak nagis, sumbat formula. Rasa nak nangis je. Eh nangis dah HAHA

Lepas ngemas, rest kejap..tatap lah wajah anak. Syahdu2 sendiri cakap "ma takde susu..". Nasib baik lah suami ada, dia bagi semangat. Aku try pump, minum air halba, urut dengan air panas, tuam. Still tak keluar susu..

tapi

esoknya..rasa macam sakit. try pump akirnya keluar macam kolustrum tu dalam tak sampai 5 ml for both B. Terus sujud syukur, bagi anak cepat2.

dapat banyak ni pun kemain happy dia

So for first week, memang anak I campur susu (T_T). 2nd week, dalam sekali dua je dia minum FM. And now,dah sebulan lebih..Alhamdulillah..dah bf sepenuhnya..

Bagi mommy yang putus asa, jangan lah marah mereka. I can feel them. Kadang2 kita tak tau apa mereka lalui. Mungkin bagi kita memang boleh bf punya..tapi setiap orang ada masalah sendiri. Just pray for them, semoga anak seterusnya diorang lebih prepare

pengalaman aku ni baru tahap picisan je. Ada orang bengkak, bedarh, kering. Phew. I don't have that kind of prob..anak pun latching  dengan baik. Tapi anak aku suka blur, macam mak dia haha. Sebelum menyusu, temenung, dok main luah2.lepas minum 5 teguk..tidur, apekah?? seminit kemudian baru bangun dan buat mulut anak burung cari makanan..5-8 kali teguk tidur balik. blur and mudah tertidur. sounds familiar..HAHAH

Sabar je la. paling kurang 2 jam gak la menegempeng. nasib baik sekarang setengah jam je

Tapi setakat ni takde nipple confussion.Awal dulu, aku selalu pump and bagi botol, lagi cepat haha. laju je dia minum. selesa sangat kena pangku peluk2 kot tu sampai 2 jam menyusu. Nasib baik die boleh menyusu apa jenis teats pun..harap berkekalan peranga behave sampai besar

sekarang tengah baca cara nak buat stok. Kenapa rasa bebal sangat ni? rasa macam faham, tapi bila buat macam salah. Tapi sebenarnya betul. Apekah ini, apakah ini. baru simpan 50 ml dah serabut

*abaikan perempuan ini*


Adam dah sebulan! 3.6kg daripada 2.3 kg

toodles~ :)

psst, sapa nak medela swing RM350? baru guna sekali dua jek. masih dalam box and plastik. kindly email mefarae@gmail.com. ada satu jek sapa cepat dia dapat ;)

11 April 2014

Register baby adam

Yey, finally adam dah ada nama penuh! selama ni dok panggil adam jek. tapi memang plan asal nak nama anak seketul. mudah

adam 1 minggu
lepas pooped, buat muka duck face

2 hari lepas bersalin, midwife akan datang ke rumah cek baby and cek JAHITAN MAK BABY. HUAHA nasib perempuan yang cek kannn..tak lah malu sangat..dah jadi bahan tontonan umum dah rasa ni..haih..

So 1st week, still mood happy dapat anak comel HAHA (Alhamdulillah). eh semua parent akan rasa anak die la ter-paling-comel. so forgive me ;p

Dengan badan lemah longlai, uruskan postage barang jualan ke Malaysia...kemas rumah tunggang langgang. eh kena kemas. sebab ramaiiiii tetamu datang..lepastu masak nasi lemak untuk jual kat easter game event. Pantang ke tak ni?? ahahaha

gigih mak jemah cari sesuap aglio olio

lai lai..team UEL masih ramai yang bujang ekeke


so, after a week baru boleh uruskan registration semua

registration office Newham, classic

Sampai je reg office, bagi birth discharge paper, takde kena isi apape borang pun..tunggu turn dalam 15 min, then mereka panggil masuk ofis kena interview pasal MH370..eh takla..pasal baby, bapak baby mak baby lah..pung pang pun pang siap. total amek masa dari tunggu sampai lah siap dalam 30 min. Not bad. Cepat jugak 

nama pilihan opah adam

birth cert ni kena beli..selai 4 pound. boleh beli sepuluh kalau nak. aneh kan? so kitorang beli 3. taktau kenapa sampai 3

nak balik dah. mak cik sangat ni


09 April 2014

MEDELA SWING with CALMA RM 500

Assalamualaikum

Dengan ini saya ingin menjual Medela Swing with Calma BRAND NEW dengan harga RM 500 sahaja
It's unwanted gift as I have Medela FS

Deposit RM 300 needed. Balance RM 200 bila barang dah dekat Malaysia
Self pick up preferably at Menara TM, Bangsar/Kajang near Taman cuepacs
*additional charge RM 10 untuk pos laju

So, siapa cepat dia dapat :)
ETA- early end June insyAllah
Sesuai untuk bakal mommies July/Aug


whatssapp +447404160785 or email mefarae@gmail.com

So far, sangat berpuas hati dengan pam Medela walaupun tak pernah pakai Swing..tapi quality should be the same right?

oh ye, Alhamdulillah.. barang dah selamat di pos
yang ni sempat ambil masa proses pembungkusan
gigih orang dalam pantang ni menyusun


stok baju mothercare

nak tengok barang apa yang di pos boleh usha gambar kt FB

04 April 2014

My labour story : bukan waterbirth, tapi induce labour

Impian ber-water birth musnah bila last scan menunjukkan penurunan graf pertumbuhan bayi

(T_T)

A week before. masih berjimba makan eskrim pada suhu 6 degree
orang lalu lalang pelik je tengok


Sabtu lepas, 29hb..plan nak ke nearly new sales market lagii cari barang baby..sekali rupanya baby keluar 29hb. Ha'ah. I am officially upgrade my self as mother. hehe

Lagu Yusuf Islam berkumandang~
Afer Allah, And Rasulullah
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father


Nama masih belum official but we keep calling him ADAM since dalam perut lagi. Nasib baik betul keluar boy..kalau girl tak ke haruu~

SELUK
Last entry, ada cerita pertama kali kena seluk. Dengan tangan mat salleh yang besar gabak pulak tuh. Sabar je lah

TAPI

ada doktor pempuan muslim comel seluk laaaaagi sakit. Maka kesimpulannya, tahap kesakitan seluk bukan bergantung pada size tapi pada skill orang tu. Sebab sebelum Dr Comel tu seluk, ada midwife seluk masuk ubat induce..tak sakit pun??

Pengalaman seluk aku ramai..mat salleh giant, muslim Dr comel, midwife medium size and last..Dr nigerian yang sama size dengan mat salleh..haha..mak redho.. (T_T)

INDUCED BIRTH
Pagi Jumaat, aku masih cool. Pergi hospital macam nak buat regular check up. Siap pergi lambat..janji pukul 8, tapi 8.05am baru terhegeh masuk kereta. Siap bawak birth ball sendiri uols. Gigih kan

Tapi bila sampai, masuk ward pukul 3 petang. Tak rasa nak jadi hulk? tak pun..aku siap tido air liur meleleh kat meja menunggu.. Suami siap pergi beli ps3 untuk abang ipar..situasi kami lansung tidak menggambarkan "perempuan ini nak bersalin. sakit kedua paling sakit lepas azab tarik nyawa"

 Siapa yang nak beranak sebenarnya ni

Masuk je ward, orang bagi makanan. Jadi mengapa perlu berdukacita? makan fish and chip dengan gembira. Pukul 6, setelah tertidur posisi kuak lentang sejak habis makan..baru lah start induce. Induce ada banyak kaedah, kaedah Mr mapletrope bagi ialah prostaglandin. Drug paling lemah. Cara? seluk. Huaha..ada yg inject..aku style seluk..takpe.. I sukaaaa sangat (T_T)

Lepas seluk hati gembira dapat lamb curry pulak..
berebut laki bini makan choc fudge with ice cream

Sejam kemudian, baby's heart monitor menunjukkan kegelisahan bayi dalam perut. Dia tak suka kena paksa, dia tak mahu. Bagus. Maka laju laju midwife keluarkan ubat balik. Oh takyah seluk, ada tali dia tinggalkan di luar faraj. Tolong imagine. HAHA

Tapi dah ada bukaan, 1cm (haah, seluk lagi)

Maka aku dipindahkan ke labour suite. Suite dia memang taraf suite la kan..tapi..suite ini tak de guna pun..sakit contraction sama je. Macam sakit senggugut tapi level sakit berkala..setiap 10 minit..Midwife bagi gas etonox and pain killer, barulah boleh melihat ketenangan suami tidur berdengkur kat sebelah..masani mild contraction..so masih boleh buat peace, senyum, jalan2 dan kacau suami tidur. Tapi dia tidur takde effect aku kacau..hello..wife awak ni nak beranak kat sebelah ni..ish ish..

29hb Mac 2014, 9 am..esoknya
Dah start rasa kontraksi yang kuat. Sedang elok kesan drug pain killer habis..memang merasa laa kan..siap suruh suami kira berapa lama contraction..selang berapa lama..stiap kali sakit contraction datang..memang tabah dia urut pinggang aku..tq husband..I smurf u

Sejam kemudian datang la Dr buat rondaan. Aku bawah Dr lelaki. Ni sapa cakap dok UK best dapat midwife pempuan?? Mak dapat doktor laki noks. Dr nigeria lagi. Aku tny Miss shah..awat dia tak jaga aku..kan dia obgyn aku..dia kata dia busy (-_-")


Nampak beg kertas coklat?? tengah beranak pun dia bagi sandwich cheese..haha

Sebenarnya memang midwife which is perempuan mostly yang jaga..tapi sebab aku tak pandai push, depa panggil Dr.. and Doc yang jaga aku tu miss shah bagi lelaki (T_T). 

Masa buat rondaan tu, contraction aku memang kaw kaw punya sakit. Susah nak explain by word. Rasa sendiri la eh ? :P.. so memang dan tu jugak Dr nak cek bukaan..aku cakap wait after next contraction..dia pun tunggu laa situ dengan tangan dah ready..4 cm. Aku rasa macam nak pengsan. 18 jam baru 4 cm? sabar..

ITS TIME TO PUSH
12 tengahri approx je la..aku suruh laki aku panggil midwife..sebab rasa nak berak..tapi bagitau kata nak push la..eh I pun baca pengalaman orang ape..nak berak means nak push..So yang dtanag Dr lelaki tu. SELUK LAGI? aku dah tak heran masatu..tak sempat dia seluk.."my water just broke"....macam belon kena pecah rasa dia..that's very good..you're doing a great job..hang in there..bla bla kata pujian..eh pujian je aku dengar..lepas seluk, sah..fully dilate..oh laju jugak dari 4cm ke 10 cm amek masa 2 jam je?

Terus kelam kabut diorang prepare untuk aku..tapi malangnya..ahkak tak reti push..Setiap kali push, tanya "dah keluar?" haha..padahal tau belum. 2 jam jugak la push..tak keluar..macam macam posisi buat..bediri duduk cangkung tiarap..sampai tahap..aku cakap tak larat dah..takde tenaga..bedah lah saya pleasee.. aku siap tido bila takde contraction..yela..malam sebelum mana dapat tido tahan contraction 18 jam..penat pheww

Bangun je tetiba ramai dalam labour suite..ape yang terjadi ni? tapi aku diam je tak larat and blurr..rupanya midwife dia tekan emergency button dengan sangat tenang kata husband. Lek je dia tekan, datang segerombolan Dr berlari..macam dalam movie tu haha..

Maka dalam masa tak sampai sejam, dengan episiotomy, baby boy selamat dikeluarkan. Moment baby keluar moment paling lega. Ibarat sembelit telah melalui fasa perlepasan..

Dapatlah merasa moment yang orang letak bayi kat dada sambil nangis tu..tapi versi aku..laki yang nangis..haha..aku nak tido je masatu..

Aku sangat berterima kasih dekat Doktor2 semua..semua lelaki..ada satu handsome. eh sempat. haha. Dr nigeria yang jaga aku tu..sangat pro..dan baik..taktau kat Malaysia macam mana, tapi kat sini..apa dia nak buat semua dia cakap..I'm going to____, u'll feel a bit ___, then u'll ___..semua dia explain..aku tengah sakit ni pun gigih mendengar angguk2 je la..Sorang lagi Dr ajar aku push..rupanya cara aku push salah..haha..rasa macam betul dah?

take a deep breath, hold, and push..no..no..don't let your voice out..no voice
take a deep breath, hold..no no..that's wrong..take a deep breath again..yes..good..
take a deep breath, hold, push..no voice, no voice..yes like that,good
no contraction? ok lets wait

Bila aku jerit contraction! die bezikir lagi take a deep breath, hold, and push..hehe

take a deep breath, hold, and give a BIG push..almost there..almost there..oh no
its ok again
take a deep breath, hold, and give a BIG push..almost there..almost there..goog goog..keep it like that..good good..

ha lebih kurang gitu die tabah ajar aku..lepastu aku mintak maaf kat semua..semua kata aku bagus..
ye la tuuu..haha..tapi semua tak marah pun..itu yang terharu..ada 3 jam jugak nak beranak tu..tinggi betul kesabaran mereka

oh yang dr handsome tu die standby untuk baby..baby keluar je dia check. gitu. Tengah proses jahit tu..dia datang explain baby's condition..pelat S rupanya..haha

Sampai di sini je lah cerita pada hari ini..nak details bius, potong, jahit luka, keluar plasenta semua jugak ke? hew hew..aku pun taktau, husband tau sebab die tengok. Die kata dia nak pengsan..haha


Memilih menu nak makan apa yang paling best


esok baby Adam dah masuk seminggu (^_^)


28 March 2014

nak bersalin secara waterbirth please?

Gestation : 26w 3d
Place : Newham Hospital, London
Time : 9 am, 24 march 2014

Haritu suami ada submission, masak lah bihun goreng dengan harapan takyah masak lunch muhaha. Harini ada 4 appointment, rasa macam orang penting sampai 4 orang nak jumpa. Obgyn 2 orang, sonographer and doctor thyroid. Jalan kaki secara lalalalala~walaupun ke hanya hospital 8 minit jalan kaki, nyesal sebab pakai seluar selapis. Sejuk oi 3 degree je pagitu rupanya..


Sampai antenatal clinic, I have four appointment today..oh you're so lucky because you have 4 appointments..everyone want to meet you. Iyelatu. Maksudnya aku ni bermasalah. Banyak nak kena follow up

Di UK, scan hanya 2x je unless u have prob. I have hyperthyroid, so scan 5x untuk monitor baby growth. First, depa suruh scan..sonographer kata semua okay..berat baby 2.18kg. Bila aku tanya, kecik la kan?? dia kata tak lah, normal je. ye keee...~ *musykil*

Last scan

Then, Mr maplethrope panggil. First time ni jumpa obgyn laki. Rupanya obgyn aku untuk hari itu, Miss shah cuti. Takpe, bukan buat apa pun. Tengah bincang2, sekali dia kata I have to check your opening

Tak buat apa la sangat kannnn..ok kena seluk DENGAN LELAKI. first time rasa kena seluk. Dulu imagine what is seluk?? macam blur blur, haha. okay. sekarang boleh imagine seluk tu apa. Sakit? ha'ah. tangan omputeh besau kot. tapi wat cool je la. Sebab.. dah tu nak buat cemana lagi??haha. dah memang prosedur. Its bearable pain, so don't worry too much. tapi malu tidak bearable. malu gila weii *redho*

Sebelum aktiviti seluk tu, kitorang bincang pasal baby growth. Doktor nak Induce. Aku macam in denial je dengar bila dia cakap THIS WEEK. sebab dia ni cakap style macam main2. aku gelak. dia ni dok buat lawak apa. Siap cakap, ikut hati saya nak induce sekarang. Aku cakap..hang ni lawak laa..mana boleh harini, beg apa pun tak ready.

Baby's growth. Baby's condition is not good

Dia terus call maternity unit, tanya bilik ada tak. lepastu  cakap ...okay, pukul 8 pagi. Hari jumaat, mai datang hospital. Kita induce

eh..dia dok buat lawak lagi..lepas aku gelak2..dia kata nak cek opening..terus aku diam. erk, opening? seluk la kan? tak gelak pulak ko kan.....haha..then aku kata lah nak loo. padahal nak call suami. Carik lah phone, hoi phone ni menyorok mana pulak dah. terus dia offer tolong jaga duit haha maka kantoi laa carik telefon. Kena lah sound sejibik you can tell him after this. Now, the baby decide for you. kiranya aku tak boleh pilih dah la..

masalah nya bukan call nak pilih date, tapi..nak bebel jap. tekejut ni. lagi tekejut bila tau nak kena seluk dengan lelaki. nak gi bebel jap dengan suami. Aku jenis terkejut, kena bebel bagi excite state tu lower balik ke normal state. last2 aku bebel dalam toilet depan cermin

Lepas dah proses seluk tu, sambung argue dengan Mr mapletrope..boleh tak nak minggu depan..dia bezikir lah the baby decide for you. Its not your decision kat aku. Siap cop, sign, sediakan IOL punya description...Iye lah..redho kan je

maka..begitulah..berakhirnya..
impian beranak secara waterbirth
muhehe

lepas tu pergi buat birthplan dengan midwife. Sepanjang buat birthplan tu, suka benor mr mapletrope masuk discussion room tu kacau kitorang. Dia memang hobi kacau orang kot sampai 5x kluar masuk. Note dia hilang pun datang semata nak tuduh aku curik (-_-")

Gajah ke apa ni #36 weeks

sendiri rasa amaze tengok badan sendiri. Sebab kat rumah takda cermin besar
bila tengok, terkejut, ketawa HAHAHA


I did mention..this week 36w gestation..less than a month boleh jumpa baby..tapi Allah SWT lebih tahu
I'm going to meet my baby this week. phew. Bila kawan tanya bila beranak, aku jawab..

"jumaat nih aku beranak"
"eh ko macam nak g meeting je kan" 

haha

bukan. aku manusia biasa yang tahu nervous. tapi malu nak merintih. peristiwa MH 370, peristiwa di Syria...buat aku malu. Sakit, tapi macam2 nikmat aku dapat. Diam lebih baik. Redho. Find hikmah..Atleast boleh buat preparation. I keep myself optimistic as I can

Suami? heh..dia sentimental sikit..dia yang sedih..penat aku cuba tak merisaukan dia..sekarang ni asyik peluk aku sejak isnin..haha..dah kenapa mamat ni..

Eh jap, hari ni Jumaat 

Ok bye, doakan yang baik2 please *nervous*